Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.run.tung]/[ber.un.tung] | براونتوڠ

Definisi : 1. memperoleh untung, mendapat laba: bukan dia sahaja yg ~ begitu, banyak lagi orang kita yg lain-lain; 2. bernasib baik, bahagia, mujur: siapa ~, dialah menang; 3. berjaya, berhasil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.run.tung]/[ber.un.tung] | براونتوڠ

Definisi : 1 mendapat atau beroleh untung. 2 bernasib baik; mujur: Dia sungguh ~ kerana suaminya sangat bertimbang rasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Puisi
 

Ikan julung dalam telaga,
     Makan kail umpan terlekat;
Tiada beruntung badan celaka,
     Buat baik menjadi jahat.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bulan turun ke ribaannya.

Bermaksud :

Beruntung besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Bulan jatuh di ribaannya).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Hamba Yang BeruntungYulis Haji AlwiDewan Siswa1 February 1984
Pelajar miskin yang beruntungTiadaDewan Siswa1 October 1987
Sama berlindung, sama beruntungChe Mohd. Yusri Che HashimDewan Ekonomi1 July 1995
Wanita Melayu lebih beruntung?A. Rahim AbdullahDewan Sastera1 September 1991
Naik..naik..tapi masih beruntung!A.F. YassinDewan Masyarakat15 May 1980
Pemindahan Teknologi Siapakah Sebenarnya Yang Beruntung?Ding Choo MingDewan Budaya1 April 2001
ACFTA Malaysia-China siapakah yang beruntung?Assis KamuDewan Masyarakat1 June 2005

Kembali ke atas