Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.si] | بسي

Definisi : 1. logam berwarna putih perak (bersifat magnet, mulur, tertempakan, berat, mudah berkarat) yg terdapat dlm batu igneus; 2. perkakas (alat) yg dibuat drpd besi; ~ angkor alat (besi) pemutar (utk menghidupkan enjin); ~ baja besi yg sangat keras, keluli; ~ batang (lantak) besi yg berbatang-batang; ~ berani = ~ semberani besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi lain (mengandungi kuasa elektrik); ~ dabus alat tajam drpd besi yg digunakan dlm permainan dabus; ~ kawi besi yg mengandungi kekuatan (kesaktian); ~ kurasani = ~ kersani besi yg baik (dr Khorasan di Parsi); ~ lantai (pepat, plat, lempeng) besi yg berkeping-keping; ~ lemah besi yg lembut; ~ melela besi hitam (yg tidak berkurai); ~ merah besi yg dibakar dan merah spt bara; ~ pamor sj baja putih yg ditempa pd keris dll (yg menimbulkan kurai); ~ putih timah; ~ tanah besi yg kurang baik; ~ tempa = ~ tempaan = ~ tempawan besi yg ditempa; ~ tua senjata tajam (keris dll) yg telah usang; ~ tuang = ~ tuangan = ~ cor = ~ cetak besi yg dituang (dicetak); kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg kayunya berat dan keras); ~ baik tiada berkarat (budi baik tidak dilupakan) prb perbuatan yg baik itu tetap terpuji selamanya; asal ~ pengapak kayu, asal emas menjadi penduk prb asal atau darjat seseorang ditentukan pd tingkah lakunya; dahulu parang, sekarang ~ prb dahulu sayang, sekarang benci; memegang ~ panas prb berbuat suatu pekerjaan yg tidak tetap (dgn khuatir dan ketakutan); sedencing bagai ~, seciap bagai ayam prb mengerjakan sesuatu bersama-sama (baik ringan mahupun berat); membesi spt besi (sangat keras). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.si] | بسي

Definisi : 1 logam yg keras dan banyak sekali gunanya. 2 perkakas atau alat yg dibuat drpd besi 1: paku ~ paku yg dibuat drpd besi. ~ baja besi yg sangat keras. ~ batang (lantak) besi yg berbatang-batang. ~ berani besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi-besi lain. ~ putih timah. ~ tempa besi yg dikeraskan dgn ditempa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besi

Puisi
 

Pagar besi pagar kota,
     Sampai ke taman bunga;
Abang tak reti adik berkata,
     Abang tak tahu apa makna.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Besi baik tiada berkarat.

Bermaksud :

Budi baik tidak dilupakan.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Besi buruk "asal barang jadi duit"Nazrul Iman SalimDewan Masyarakat1 February 2007
BesiHilmi RinduDewan Sastera1 June 2005
BesiLee Keok ChihDewan Sastera1 March 1996
Katil Besi Peti KayuSiti Zainon IsmailDewan Sastera1 May 2007
Pandai besi dan kesenian persenjataan MelayuAbd. Ghafar LatipDewan Budaya1 March 1997
Memotong besi dengan airTiadaDewan Siswa1 September 1989
Tukang Besi di Bengkel KeretapiSiti Zainon IsmailDewan Sastera15 August 1984
Bukit Besi: tarikan dua zamanWan Mohd. Syazwan RamliDewan Siswa1 July 1988
Teratai BesiH. A. RahmanMutiara1 February 1958
Sajapsajap BesiRM., SurachmanHorison1 August 1972
1234

Kembali ke atas