[bi.la] | بيلا
Definisi : 1. kata yg digunakan utk menanyakan waktu (masa, ketika) mana: ~ awak hendak ke Kuala Lumpur?; barang ~ sebarang masa; 2. pd masa apa: kalau begini, sampai ~ pun nasib pak tani tidak akan berubah; bila-bila = ~ masa pd sebarang masa (waktu, ketika): ~ saja hari akan hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bi.la] | بيلا
Definisi : kata tanya utk menanyakan waktu yg mana; ketika yg mana: ~kah kamu akan berangkat? bila-bila sebarang masa; masa atau waktu yg tidak ditentukan: ~ pun kita boleh pergi makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)