Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.léh] | بوليه

Definisi : /boléh/ 1 tidak mustahil utk melakukan sesuatu; dapat: Dia ~ melihat dan mendengar dgn baik. 2 tidak dilarang utk melakukan sesuatu; diberi izin: Selepas bersembahyang maghrib, kamu ~lah menonton televisyen. membolehkan menjadikan boleh; membenarkan; mengizinkan: Peraturan di sekolah tidak ~ murid-murid merokok. kebolehan sifat-sifat yg membolehkan atau melayakkan seseorang utk melakukan sesuatu: Mereka membuat kerja mengikut ~ masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(302)
Peribahasa

Pipih (= pecak) boleh dilayangkan,
     bulat boleh digulingkan.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

 

Lihat selanjutnya...(112)

26

Great barkers are not biters

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Boleh dirasa tak boleh dilihatAhmad YusufAl Islam1 October 2006
Bingka boleh bank pun boleh?Aminah HarunPelita Bahasa1 September 1989
'Boleh' dan 'dapat' sama ertinyaOliver Hock Beng, TanPelita Bahasa1 June 1990
Boleh atau dapat?S. NathesanPelita Bahasa1 April 1998
Jika Intel boleh, mengapakah Pikom PC Fair '98 tidak boleh?Abd. RazakPelita Bahasa1 December 1998
Teater boleh jauhkan anak daripada TVMaizura Mohd EderisANIQAH1 August 2006
Yakin Boleh: bawa Mohanadas ke puncak EverestAndika Syahmi SyahiranDewan Masyarakat1 March 2007
Ulser boleh membunuhSiti Balkis BudinDewan Masyarakat1 October 2006
Tidak Boleh! Aku Sengan di Sini!Lucas T.Dewan Sastera1 April 2000
Kunci Boleh MendengarMohammad Abdul FadzalDewan Pelajar1 October 1978
12345678910...

Kembali ke atas