Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.lot] | بولوت

Definisi : ; membolot 1. membalut, membungkus (dgn tergesa-gesa): badan dan kepala mereka dibolotnya dgn daun ribu-ribu; 2. memenangi, menggondol, memperoleh: dia telah berjaya ~ hampir-hampir semua hadiah; mereka itu ~ getah orang kampung dgn bayaran yg amat rendah;pembolotan perihal atau perbuatan membolot (membalut, menggondol, memperoleh, dll): ketua-ketua Ghee Hin tidak berasa senang melihat ~ pajak oleh ketua-ketua orang Khek;pembolot orang (kumpulan, pasukan, dsb) yg membolot. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.lot] | بولوت

Definisi : ; membolot mengambil atau memperoleh kesemuanya sbg hak sendiri dan tidak ada utk orang lain; memonopoli: Janganlah dia dibiarkan ~ percakapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bolot


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Rahimidin Zahari bolot hadiah RM15 000.00Awang AbdullahDewan Sastera1 September 1995
Bengkel drama kelab Panggung Negara bolot enam askarIsmail H. MURTV15 August 1973
Anugerah S.E.A Write 2004 di bolot oleh penyairRozninah Abd. AzibDewan Sastera1 December 2004

Kembali ke atas