Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.kan.bu.kan] | بوکن٢

Definisi : 1. mustahil, tidak munasabah, tidak beralasan, tidak benar: fitnah yg ~;memikirkan perkara yg ~; bertanya yg ~; melepaskan kata nista yg ~; 2. amat sangat: ~ bodohnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.kan.bu.kan] | بوکن٢

Definisi : 1 tidak masuk akal; tidak munasabah; mustahil: Jangan suka menceritakan yg ~. 2 amat sangat; terlalu sangat: Barang ini ~ mahalnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukan-bukan

Puisi
 

Hendak dipais bukan todak,
     Hendak dibemban bukan terung;
Hendak menangis bukan budak,
     Hendak terbang bukan burung.


Lihat selanjutnya...(148)
Peribahasa

Angan-angan mengikat tubuh.

Bermaksud :

Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Novel pop bukan kitsch bukan erotik bukan picisShahnon AhmadDewan Sastera1 January 2008
Bukan Terjemahan Bukan CiplakanYang Quee YeeDewan Sastera1 January 2001
Bukan kapitalisma, bukan sosialisma, tetapi nasionalismaM. Noor AzamDewan Masyarakat15 July 1974
Kalau Bukan Ombak, Bukan Siput!Badaruddin M. ZDewan Sastera15 November 1980
Kasih sayang bukan beras, bukan...A. Samad IsmailDewan Budaya1 October 1990
Mesintaip bukan, komputer pun bukan!N. Z. AbidinDewan Siswa1 June 1988
Kita bukan kami, dan kami bukan kitaS. NathesanPelita Bahasa1 September 1993
Bahasa campur aduk: Melayu bukan, Inggeris pun bukanAwang Mohamad AminPelita Bahasa1 June 1998
Bukan SalahmuAzati MohammedSeri Dewi & Keluarga1 May 2007
Bukan dalam MimpiChe Azah DaudWanita1 April 2007
12345678910...

Kembali ke atas