Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.nuh] | بونوه

Definisi : ; ~ diri mengambil nyawa sendiri dgn sengaja; hukum ~ hukum mati (dgn dipancung, digantung, ditembak, dll); berbunuhan, berbunuh-bunuhan, bersibunuhan ark, bunuh-membunuh mati-mematikan (sesama sendiri), saling membunuh (mematikan): pd zaman dahulu, masing-masing berperangan dan ~;membunuh 1. mematikan, menghilangkan nyawa: dia dituduh ~ kawannya; 2. memadamkan (api, tulisan, dll), menghapuskan (sesuatu), meluputkan: sebelum dapat dibunuh, api telah menjalar ke sekeliling rumah; ia ~ perkataan yg telah ditulisnya; Tuan Hess ~ maksud Encik Ramli; sikap begini akan ~ keyakinan diri anak-anak itu sendiri; 3. menutup (menampal) tempat yg bocor;terbunuh mati (akibat kemalangan, dibunuh, dsb);bunuhan 1. (orang dll) yg dibunuh; 2. bahagian lukah yg di belakang (di dalam sekali) tempat ikan tertangkap (terperangkap); pembunuhan perbuatan membunuh;pembunuh 1. orang yg membunuh; 2. alat atau sesuatu yg digunakan utk membunuh: ubat ~ serangga; ~ bersiri orang yg membunuh beberapa orang, seorang demi seorang dlm kejadian yg berurutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.nuh] | بونوه

Definisi : ; berbunuh-bunuhan saling mencuba mematikan lawan: Kedua-dua hamba yg setia itu bertengkar dan akhirnya ~. membunuh melakukan sesuatu terhadap benda-benda yg bernyawa supaya mati; mematikan: Dua orang pemuda telah dikenakan hukuman gantung kerana ~ seorang polis. terbunuh tidak bernyawa lagi; mati kerana dibunuh: Beberapa orang pengganas telah ~ dlm pertempuran di sempadan. bunuhan seseorang atau sesuatu yg dibunuh. pembunuhan perbuatan atau hal membunuh: Orang yg melakukan ~ terhadap pegawai polis itu telah ditangkap dan dihukum. pembunuh 1 orang yg membunuh: Polis sedang mencari ~ perempuan muda itu. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membunuh: ubat ~ kuman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunuh

Peribahasa

Salah cencang memberi pampas,
     salah bunuh membangun.

Bermaksud :

Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Merebut merampas, membunuh membangun, c. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
"Jangan Bunuh Sam" krisis identiti bunuh SamSaloma AimmanTunas Cipta1 April 2004
Bunuh Diri Jalan Pintas Menyelesaikan Masalah?Amirul Syafiq AzmanDewan Budaya1 August 2001
Bunuh diri suatu dilema manusiaDeva DassDewan Masyarakat15 November 1979
Bunuh diri: mempercepatkan kepada seksaan lebih dahsyatAbu Hassan Din al-HafizDewan Siswa1 February 1989
Bunuh Muhammad!Abdul Rahman RukainiDewan Siswa1 September 1980
Bunuh membunuhHasrom HaronDewan Masyarakat15 August 1978
Jangan bunuh lagi 'Tunas Cipta" [ Surat kepada edior]Siddiq OsmanDewan Sastera1 December 2007
"Jangan Bunuh Rama-rama" Drama Agama Aliran AbsurdismeT. Alias TaibPelita Bahasa1 September 2001
Gejala bunuh diriDr. Azhar Amir HamzahDewan Kosmik1 February 2003
Jangan bunuh bahasa saya!Nor Hisham Osman; Norizah ArdiPelita Bahasa1 August 2002
1234

Kembali ke atas