Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.ruh] | بوروه

Definisi : orang yg bekerja utk mencari makan, pekerja: ramai orang India yg bekerja sbg ~; Kementerian B~; kaum ~ golongan pekerja; ~ kasar buruh yg lebih memerlukan tenaga fizikal drpd keupayaan mental dlm pekerjaannya; ~ mahir buruh yg mempunyai kepakaran khusus yg diperoleh drpd latihan profesional dlm bidang tertentu, mis jurutera; ~ paksa orang yg dipaksa melakukan kerja berat tanpa ganjaran yg sewajarnya; ~ separuh mahir buruh yg mempunyai kepakaran dlm bidang tertentu yg diperoleh drpd pengalaman bekerja dan atau latihan separuh profesional, mis jurukimpal;berburuhkan mempunyai, mengupah, atau menggunakan seseorang sbg buruh: sektor perladangan dan binaan terpaksa ~ orang asing;memburuh bekerja sbg buruh: siangnya dia ~, malamnya dia belajar bahasa Inggeris;buruhan upah memburuh; perburuhan 1. tenaga (usaha) buruh: membawa masuk orang India ialah satu jalan mengadakan ~ murah; 2. perihal buruh atau memburuh: perkara ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.ruh] | بوروه

Definisi : orang yg bekerja dgn mendapat upah; pekerja dlm perusahaan dsb: Sudah tujuh tahun Ahmad menjadi ~ di kilang gula itu. ~ kasar buruh yg tidak memerlukan kemahiran. ~ paksa buruh yg dipaksa melakukan kerja berat tanpa ganjaran yg sewajarnya. memburuh bekerja sbg buruh: Banyak orang asing yg ~ di negara kita ini. perburuhan segala sesuatu yg ada hubungannya dgn pekerjaan buruh dan kaum buruh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buruh


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kita tidak kurang buruh: tetapi kenapa diambil buruh asing(diwawancara oleh Jaafar Abdul Rahim)Mohd. Nor GhaniDewan Masyarakat15 May 1982
Buruh asingAmran Abd WahidDewan Masyarakat1 April 1997
Buruh BinaanZahari HasibPerisa: jurnal puisi Melayu, jil.2,19941 January 1994
Buruh Asing: antara keperluan dengan kesan negatifMohd Asri AbdullahDewan Masyarakat1 June 1995
Buruh kasar: pengorbanan yang dinilai ibadahAhmad Baei JaafarDewan Agama & Falsafah1 May 2003
Buruh: yang mewah dan yang pincangA. F. YassinDewan Masyarakat15 June 1974
BuruhAbdul SalamHiboran26 November 1949
Buruh asingAliza KamaruddinDewan Masyarakat1 February 1996
Rusuh Buruh Koepoe TaroengKasijantoKalam1 January 1999
Renungan Buruh TuaAminah Haji MominBahana1 September 2004
12345

Kembali ke atas