Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.da.ngan] | چادڠن

Definisi : 1. sesuatu yg dicadangkan, anjuran, usul, saranan: setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan; ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; 2. persediaan (wang, harta, benda, dll) utk digunakan apabila perlu, dana; 3. rancangan, rencana: ~ lima tahun; ~ balas cadangan yg diberikan sbg tindak balas kpd cadangan yg terdahulu; ~ penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak me­lambung tinggi; ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham, wang, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.da.ngan] | چادڠن

Definisi : 1 sesuatu atau apa-apa yg dicadangkan; anjuran; usul: ~nya telah ditolak oleh jawatankuasa pusat. 2 sesuatu yg disediakan utk digunakan apabila perlu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cadangan

Peribahasa

171

Easier said than done

Cakap memang mudah tetapi hendak membuatnya payah.

Apa payahnya menaupkan bibir atas bawah

"I suggest that a bell be hung around the cat's neck," said a young mouse to tremendous applause. "But which one of us is going to do that?" interjected an old mouse. Each and every mouse in the barn fell silent suddenly."Well, easier said than done," the old mouse retorted.

''Cadangan saya, kalungkan loceng di leher si kuching itu,'' kata seekor tikus muda sambil disambut tepukan yang gemuruh. ''Tapi siapa antara kalian yang akan melakukannya?'' sampuk seekor tikus tua. Setiap ekor tikus yang ada dalam bangsal itu terdiam tiba-tiba. ''Yalah, apa payahnya menaupkan bibir atas bawah,'' tempelak si tikus tua itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Cadangan ruangan baharu [Surat kepada editor]Abd. Razak @ Rezeki OthmanDewan Sastera1 May 2008
Cadangan puisi tradisional di nilai untuk Hadiah SasteraMd. Nasir JusofDewan Sastera1 September 2006
Cadangan kerahan tenaga di kalangan remaja wajarMohd. Izranuddin JelaniDewan Masyarakat1 February 1998
Cadangan pindaan akta kerja melindungi kepentingan pekerjaTiadaDewan Ekonomi1 June 1998
Cadangan untuk ruangan "Ulasan Buku" dan "Bicara Karya"Nordin SaadDewan Sastera1 January 2006
Cadangan untuk RTMShukor SudinDewan Siswa1 July 1982
Cadangan pendita Za'aba: dari UMO jadi UMNOMohd. Tajuddin Abdul RahmanDewan Siswa1 March 1984
Cadangan FomcaTiadaDewan Masyarakat1 April 1996
Tolak cadangan IFC: PUM gesa kerajaanTiadaMilenia Muslim1 January 2006
Model cadangan untuk menganalisis dan menilai terjemahanHasuria OmarJurnal Dewan Bahasa1 August 1998
12

Kembali ke atas