Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cam.bah] | چمبه

Definisi : 1. tumbuhan yg baru keluar dr biji benih dsb; ~ kelapa tumbuh kelapa, tombong kelapa; 2. Kl, Tr tauge; bercambah 1. mula tumbuh (bkn biji benih dsb); 2. mempunyai cambah; 3. muncul, terbit, lahir: Minah menjeling tajam, kemudian ~ juga sebuah senyuman di bibirnya; usianya yg mendekati empat puluhan dan masih membujang itu membuatkan ~ suatu harapan; 4. ada banyak, ada (terdapat) di merata­rata tempat: di surau dan madrasah yg ~ di tanah air kita ini; mencambahkan menjadikan bercambah: ~ biji benih; cambahan munculnya, terbitnya, lahirnya: dia tersenyum, diulit ~ bibit kelegaan di hatinya; percambahan perihal bercambah (biji be­nih): keinginan utk mencegah ~ senjata nuklear; pencambahan perbuatan mencambahkan; ®kecambah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cam.bah] | چمبه

Definisi : bahagian tumbuh-tumbuhan yg baru tumbuh dr biji; kecambah: ~ kacang. bercambah 1 mula tumbuh dr biji (ttg tumbuh-tumbuhan). 2 ki banyak terdapat; ada di mana-mana: Syarikat kerjasama ~ di Malaysia ini. mencambahkan membuat supaya bercambah (ttg biji tumbuh-tumbuh­an); menyemaikan. percambahan perihal bercambah (bkn biji benih): ~ biji benih dipercepat dgn bantuan haba. pencambahan perihal atau perbuatan mencambahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cambah


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Cambah CintaArena WatiDewan Sastera1 July 1991

Kembali ke atas