Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cang.gih] | چڠݢيه

Definisi : terlalu banyak bercakap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.gih] | چڠݢيه

Definisi : 1. moden dan kompleks (alat), sofistikated: walau bagaimanapun ~ peralatan yg dipunyai oleh sesuatu badan, selagi yg mengerjakannya tidak menguasai bidang yg mahu diusahakan, maka selagi itulah timbul kesalahan; 2. hebat, menarik, moden (bangunan, pakaian, dll): Liyana kelihatan begitu ~; 3. tugas dgn berkesan, sesuai dgn perkembangan masa: wanita ~; mencanggihkan menjadikan seseorang atau sesuatu (teknologi, peralatan, pakaian, dll) canggih; kecanggihan perihal (sifat, keadaan, dsb) canggih: ~ senjata-senjata moden sangat dikagumi oleh banyak pihak; pencanggihan perbuatan mencanggihkan sesuatu: peluasan dan ~ jurnalisme berbahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.gih] | چڠݢيه

Definisi : 1 moden dan kompleks (bkn alat, mesin dsb); sofistikated: komputer yg ~. 2 menarik, hebat dan moden (bkn bangunan, pakaian dll): Bangunan baru itu sangat ~. 3 berpengalaman dan berpengetahuan dr segi keduniaan; mengikut perkembangan zaman: wanita yg ~. mencanggihkan menjadikan canggih: Mereka berusaha ~ ciptaan mereka. kecanggihan keadaan atau sifat canggih: ~ kereta yg dipamerkan itu menarik perhatian orang ramai. pencanggihan perbuatan atau hal mencanggihkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata canggih


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
CanggihMusliha AdnanDewan Siswa1 June 1998
CanggihTiadaDewan Kosmik1 June 2004
Yang canggih dan yang canggungAwang SariyanPelita Bahasa1 February 1990
Restoran canggih dan tertinggiTiadaDewan Siswa1 August 1996
Penggunaan teknologi canggih dalam Ejen 016Aiza Akma RamlanMedia Hiburan5 August 2006
Telekuliah:teknologi canggih pengajaran bahasaMaslina AbdullahPelita Bahasa1 June 1991
Sistem penguji canggih bagi mempastikan keselamatan penggunaTiadaDewan Kosmik1 January 1998
Teknologi penstoran canggih di United KingdomZulzila DzulkefliDewan Siswa1 February 1998
Konsep yang canggih dalam penamaan khasIsmail DahamanJurnal Dewan Bahasa1 October 1995
Antara sofistikated dan canggihS. NathesanPelita Bahasa1 April 1990
123

Kembali ke atas