Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.mas] | چمس

Definisi : 1. = ~ hati berasa takut dan risau (gelisah, bimbang): dia ~ menanti kelahiran anak sulungnya; 2. = cemas-cemas hampir­hampir terjadi sesuatu, nyaris-nyaris: masa terlanggar itu, ~ dia tersungkur; bercemas menaruh rasa cemas (gelisah, bimbang); mencemaskan menimbulkan perasaan cemas (gelisah, bimbang), menakutkan, membim­bangkan, merisaukan: sikapnya yg kasar itu ~ aku; tercemas gelisah, bimbang, khuatir; kecemasan 1. ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, kekhuatiran: mereka kelihatan ~ kerana takut mati kelaparan; 2. keadaan bahaya, darurat: setiap saat mereka berada dlm keadaan bahaya dan ~; pencemas 1. lekas berasa cemas; 2. orang yg lekas berasa cemas, penakut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.mas] | چمس

Definisi : 1 = ~ hati berasa gelisah (bimbang, takut); ragu-ragu: Banyak murid yg ~ ketika menunggu keputusan peperiksaan. 2 = cemas-cemas hampir-hampir berlakunya sesuatu; nyaris-nyaris: Ketika melintasi jalan raya itu tadi, beliau ~ dilanggar kereta. mencemaskan menim­bulkan perasaan cemas (gelisah dsb); menakutkan; menggentarkan: Segala ancaman musuh tidak ~ kita. kecemasan 1 keadaan atau hal cemas; kegelisahan; ketakutan: Bunyi letupan pd malam itu menimbulkan ~ di kalangan penduduk kampung itu. 2 keadaan bahaya; darurat: Jika berlaku sebarang ~, keluarlah melalui pintu ini. pencemas orang yg lekas cemas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cemas


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Cemas neurotik yang normalAmiruddin Bin HussinDewan Siswa1 June 1998
Cemas Di Rembang PetangRamadhan A. MFamili15 June 1987
CemasMohd Dahalan RamliMastika1 March 1984
CemasLima, Jorge DeHorison1 October 1975
Cemas Kian MerontaNorhisham MustaffaPerempuan1 April 2001
Antara Cemas dan HarapKhadijah HashimSeri1 September 1991
'Lantai 13' cemas dan mendebarkanAiza Akma RamlanMedia Hiburan10 November 2007
Teknik untuk mengatasi perasaan cemasAmiruddin HussinDewan Siswa1 June 1998
Menjelang peperiksaan: saat-saat cemas, ngeri, ragu!Zubir IsmailDewan Siswa1 October 1983
Kepada mereka yang risau dan cemasMohamad ShahidanPelita Bahasa1 April 1997

Kembali ke atas