Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cuai] | چواي

Definisi : 1. tidak hati-hati dlm membuat sesuatu, lalai, abai: orang yg menjaganya ~, sebab itu budak-budak itu jahat belaka; 2. tidak penting, tidak mustahak, tidak berharga; mencuaikan 1. mengabaikan, melalaikan, tidak mengendahkan (tugas, pekerjaan, dll): rumah tangga yg dicuaikan kerana berkhidmat kpd tanah air; 2. menganggap tidak penting (tidak berharga, rendah, dll); kecuaian perihal cuai, kelalaian: nahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu; pencuaian perihal mencuaikan, pelalaian: ~ perintah itu boleh menimbulkan masalah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cuai] | چواي

Definisi : 1 tidak hati-hati membuat se­suatu; kurang peduli terhadap sesuatu; lalai: Jangan ~ belajar. 2 tidak penting; tidak berharga. mencuaikan 1 tidak mengendahkan (pekerjaan, tugas dll); melalaikan; mengabaikan. 2 menganggap tidak penting. kecuaian sifat atau keadaan cuai; kelalaian: Kemalangan itu terjadi kerana ~ pemandu lori tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuai


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Botak kerana cuaiTiadaDewan Siswa1 December 1991
Kerajaan boleh ambil tindakan jika pengamal cuaiTiadaMilenia Muslim1 August 2006

Kembali ke atas