Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ri.ga] | چوريݢ

Definisi : sl keris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ri.ga] | چوريݢ

Definisi : 1. syak wasangka, waswas, sangsi: mereka berasa ~ terhadap sesiapa yg membawa fikiran dan pendapat-pendapat baru; 2. berjaga-jaga atau berhati-hati (kerana syak atau sangsi akan sesuatu); mencurigai menaruh (perasaan) curiga terhadap, kurang percaya kpd, mengesyaki: kita harus ~ orang-orang yg spt ini; guru tersebut ditukarkan ke hulu-hulu kerana dicurigai bergerak cergas dlm parti politik; curiga-mencurigai mencurigai antara satu sama lain, saling mencurigai: timbullah tuduh-menuduh, ~ antara orang Melayu dgn bukan Melayu; mencurigakan membangkitkan curiga (ku­rang percaya, sangsi): adakah gerak-geri yg ~? kecurigaan 1. perihal curiga; 2. syak wa­sangka: yg menyebabkan ~ Rahim ialah pemuda itu, walaupun tidak bekerja, mempunyai wang yg banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ri.ga] | چوريݢ

Definisi : 1 berperasaan kurang percaya (spt menyangka orang akan berbuat jahat); syak; waswas: Apabila pemuda itu mena­nyakan sesuatu yg bukan-bukan kpdnya, ia pun mula ~. 2 berhati-hati; berjaga-jaga (kerana syak atau sangsi akan sesuatu): Kita mestilah sentiasa ~ kerana banyak penipu yg mengaku sbg wakil sesuatu badan kebajikan. mencuri­gai kurang percaya kpd; mengesyaki: Kami masih ~nya. mencurigakan menimbulkan rasa kurang percaya: Gerak-gerinya itu sangat ~. kecurigaan hal atau keadaan curiga; syak wasangka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata curiga

Peribahasa

Katak menggigit telunjuk,
     melihatkan ular sudah menjadi belut.

Bermaksud :

Orang jahat yang sudah berubah jadi baik, namun orang masih curiga juga.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Curiga dan cemburu: jangan terperangkap!Umar JunusDewan Budaya1 March 2008
Curiga PerkasihanRaja Yusof AriffinPerempuan1 March 2003
Curiga mencurigai dalam suatu kebangkitanFuad HashimDewan Masyarakat15 July 1980
Curiga PerkasihanRaja Yusof AriffinPerempuan1 March 2004
Saya curiga asas dakwaan AsaariA. Samad IsmailDewan Budaya1 October 1994
Di Saat Ini Jika Aku Tidak Curiga Kaulah Yang Harus MengertiMawarni A. SDewan Sastera15 March 1978
Pelangan boleh hantar sample untuk ujikaji jika curigaTiadaMilenia Muslim1 August 2006

Kembali ke atas