Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. berasa kering kerongkong dan hendak minum, haus; 2. keinginan keras hen­dak minum, haus; melepaskan (menghilang­kan) ~ minum (banyak-banyak) sehingga tidak haus lagi; 3. ki sangat ingin akan sesuatu: anak kecil itu begitu ~ akan kasih sayang kedua-dua ibu bapanya; anak-anak Melayu yg ~ akan ilmu pengetahuan; berdahaga menanggung rasa dahaga: dia sen­tiasa mengasingkan diri drpd orang ramai dan sentiasa berlapar dan ~; mendahagai dahaga akan, sangat inginkan, mahukan (sesuatu) dgn amat sangat: ia ~ pujukan mesra; ~ kasih sayang; mendahagakan menyebabkan berasa dahaga (haus), menghauskan; kedahagaan perihal dahaga, kehausan, ke­inginan (akan sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~-dahagi; ® dahagi I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 berasa hendak minum; haus: ~ betul saya hari ini kerana saya pergi berkawad di padang. 2 keinginan (perasaan) hendak minum; haus: Dia dpt mengatasi lapar dan ~ dlm perjalanan itu. 3 ki berasa ingin (akan sesuatu): Dia ~ akan kasih sayang ibunya. mendahagai berasa ingin akan sesuatu: Anak-anak yatim itu ~ kasih sayang keluarga. mendahagakan menyebabkan (membuat) berasa dahaga; menghauskan: Bermain bola di tengah panas dpt ~ kita. kedahagaan 1 menderita dahaga; berasa dahaga; kehausan. 2 perasaan atau keadaan dahaga; kehausan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahaga

Puisi
 

Tuan di rumah masak pegaga,
     Biarlah saya mencari cendawan;
Biarlah saya lapar dan dahaga,
     Asalkan dapat bersama tuan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tak dahaga si penunggu telaga.

Bermaksud :

Kalau berhampiran dengan orang besar-besar atau orang berilmu maka sedikit banyaknya akan mendapat pertolongan atau pengetahuan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Dahaga kasih dalam Jauh Di Lubuk HatinyaWan Hazelinda MahamaedTunas Cipta1 September 2005
Merbuk DahagaMohd Asri AhmadDewan Pelajar1 March 1979
Dengan Mata DahagaA. Latiff MohidinHorison (Kakilangit)1 December 1997
Buku baharu: Dahaga karya Yahya Samah, Pustaka Melayu Baru, 1966, 218halamanYahaya IsmailDewan Bahasa1 April 1966
Dengan Mata DahagaA. Latiff MohidinDewan Sastera1 November 1989

Kembali ke atas