Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.lih] | داليه

Definisi : alasan (jawaban) yg diberikan utk me­nyembunyikan sesuatu atau melepaskan diri drpd sesuatu tugas (tanggungjawab dsb), helah, muslihat: itu cuma satu ~nya sahaja; hendak seribu daya, tak hendak seribu ~ prb jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian kebalikannya; berdalih memberi alasan atau helah (utk me­nyembunyikan sesuatu atau melepaskan diri drpd sesuatu tugas, tanggungjawab, dsb): jangan engkau hendak ~ pula Kasim; apa­bila disoal dia cuba ~; berdalih-dalihan tuduh-menuduh (kata-me­ngata) utk membenarkan atau melepaskan diri masing-masing (dgn menyalahkan yg lain); mendalihkan mengemukakan (mengata­kan) sesuatu sbg dalih, menggunakan helah: ia ~ bahawa titah itu belum didengarnya lagi; pendalih orang yg suka berdalih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.lih] | داليه

Definisi : alasan; helah: Jangan suka membuat ~ yg tidak munasabah. berdalih mencari alasan atau membuat helah (utk menyembunyikan sesuatu): Apabila ditanyai oleh emaknya mengapa ia balik lambat, ia ~ bahawa gurunya menahan dia. mendalihkan mengemukakan (mengatakan) sesuatu sbg alasan atau helah: Dia ~ bahawa emaknya tidak pernah memberi dia wang belanja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalih


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Sembiring, Dalih, 1983-TiadaHorison1 December 2006
"Tak hendak seribu dalih!"Lee Chye EweDewan Bahasa1 January 2008
FloccinaucinihilipilificatiusSembiring, DalihHorison1 December 2006
Hendak seribu daya tidak hendak seribu dalihA. HDewan Bahasa1 April 1988
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalihAsiah IdrisPelita Bahasa1 May 1989
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalihAminah HarunPelita Bahasa1 September 1993
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalihAminah HarunPelita Bahasa1 February 1993

Kembali ke atas