Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. keterangan (yg menjadi bukti sesuatu kebenaran, terutama yg berdasarkan ayat-ayat Quran), bukti, alasan (bagi sesuatu kebe­naran): kami tidak mempunyai ~ utk me­nunjukkan kebenaran kenyataan yg kedua itu; 2. tanda, alamat; ~ al-hayat tanda hidup (surat dll); berdalil mempunyai dalil, beralasan, men­tafsirkan (Quran); berdalilkan berdasarkan atau menggunakan sesuatu sbg dalil: beliau memberikan pen­dapat yg ~ hadis; mendalilkan menerangkan (memper­tahan­kan pendapat) dgn dalil: dia ~ setiap hujah­nya; pendalilan perihal mendalilkan: ~ yg sopan dan pencapaian yg intelektual akan meng­hala ke satu perjalanan yg cerah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : alasan yg menguatkan kebenaran sesuatu; bukti; keterangan. Ada beberapa ~ yg menunjukkan bahawa agama Islam telah lama tersebar di sini. berdalil mempunyai bukti; beralasan. berdalilkan mempunyai sesuatu sbg dalil (bukti): Emas dan perak ini diwajibkan zakat ~ firman Allah. mendalilkan mempertahankan pendapat dgn mengemukakan bukti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalil


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Ilmu bahasa Chomsky sebagai dalil dan huraian empirik bagi ilmu jiwa al AttasAdi Setia Muhammad DomAl Hikmah1 January 1999

Kembali ke atas