Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.pur] | داڤور

Definisi : 1. bahagian rumah tempat memasak; 2. alat utk memasak (nasi, gulai, dll), tempat membakar (roti, kapur, dll); belanja ~ perbe­lanjaan utk keperluan makanan sehari-hari; orang ~ bp isteri atau orang perempuan yg menguruskan penyediaan makanan sehari-hari; orang se~ seisi rumah (kaum keluarga); ~ arang dapur yg menggunakan arang sbg bahan pembakar; ~ basah dapur tempat me­lakukan kerja masak-memasak yg biasanya banyak menggunakan air; ~ elektrik = ~ karan dapur yg menggunakan kuasa elektrik; ~ gas dapur yg menggunakan gas sbg bahan bakar; ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan pembakar; ~ kering dapur yg hanya digunakan utk menyediakan makanan ringan atau meng­hidangkan makanan (biasanya berkeadaan kering); ~ minyak tanah dapur yg meng­guna­kan minyak tanah sbg bahan pembakar; ~ umum dapur tempat menyediakan makanan utk orang ramai (dlm keadaan darurat dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.pur] | داڤور

Definisi : 1 bahagian rumah tempat memasak: ~nya kecil, tetapi bersih. 2 alat tempat memasak (nasi dll): Emaknya menggunakan ~ gas sekarang. 3 tempat membakar sesuatu (spt kapur, roti). ~ basah dapur tempat melakukan kerja. ~ elektrik dapur yg menggunakan tenaga elektrik. ~ gas dapur yg menggunakan gas utk memasak. ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan utk dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapur

Puisi
 

Betul bodoh orang di dapur,
     Keris pesaka potongkan sayur;
Sungguh songket bunga bertabur,
     Kerap tercampak di balik dapur.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Merantau di sudut dapur.

Bermaksud :

Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Biasa juga: Merantau ke balik dapur).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Dapur DuniakuMuhd Izhar Abu SamahDewan Siswa1 December 2008
Dapur,gok,furun,dan cengkeranLatifah OthmanPelita Bahasa1 October 1992
Dapur IbuSiti Aminah MatKarya1 January 1998
Dapur SempitZubiah WahabDewan Siswa1 May 1993
Dapur modenTiadaDewan Siswa1 April 1986
Dewa DapurHanim ZainDewan Siswa1 April 1979
Sesekali Menjenguk DapurMelatie AzizTunas Cipta1 December 2004
Ahli sains di dapurRudinDewan Siswa1 July 1981
Wanita Iraq tinggalkan dapurA. Rahman MudaDewan Siswa1 May 1985
Pertandingan di Luar Tingkap DapurRoslan JomelDewan Sastera1 December 2004

Kembali ke atas