[da.ru.rat]/[da.ru.rat] | ضرورة
Definisi : 1. keadaan yg mencemaskan atau menyusahkan (biasanya yg berlaku dgn tiba-tiba atau dgn tidak disangka-sangka), kesukaran yg timbul dgn tidak disangka-sangka (spt bahaya, kekurangan makanan, dll): dlm keadaan ~ begini barulah orang ramai ingat akan Tuhan; 2. keadaan yg serba sulit (huru-hara, tidak aman, dsb) yg disebabkan oleh ancaman musuh (peperangan dll): ketika ~ di Malaya diisytiharkan, ayah saya bertugas sbg anggota polis di sebuah bandar yg terpencil; undang-undang ~ undang-undang yg digubal dan dikuatkuasakan dlm masa darurat; mendaruratkan 1. menjadikan darurat; 2. memaksa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[da.ru.rat]/[da.ru.rat] | ضرورة
Definisi : 1 keadaan susah yg datang dgn tidak disangka-sangka; keadaan yg menyusahkan: Ketika berlaku ~ begini, barulah orang teringat akan Tuhan. 2 keadaan yg serba sulit kerana peperangan dll: undang-undang ~ undang-undang yg dibuat dan dijalankan pd masa darurat. mendaruratkan menyebabkan (menimbulkan) darurat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)