Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.sar] | داسر

Definisi : 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll): serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas; ~ kuali yg hitam spt arang; 3. lantai: rumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya simen; 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar: ~ kain batik pd umumnya ber­warna perang; corak yg terdiri drpd kuntum-kuntum bunga pd ~ yg berwarna gelap; 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn se­seorang): dia pantang ditegur memang begitu ~nya; 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras: Vietnam Selatan mengirim beberapa orang pegawai tentera ke Malaysia utk mempelajari ~-~ perang gerila; apakah ~nya pendapat tuan itu? 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi: ~ kerajaan; ~ sesebuah parti politik; ~ ekonomi negara; 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok: setelah dicapai persetujuan tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya; 9. Id memang, sebenarnya: sudah ~ pencuri; 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan di­jadikan asas utk menggunting pakaian;berdasar 1. ada (memakai, mempunyai) dasar: kain songket itu ~ biru; 2. berasas, ber­sandar: ~ keterangan-keterangan yg diterima, memang orang itu bersalah; 3. ark = berdasarkan; berdasarkan berasaskan, bersandarkan, ber­landaskan: tulisan saya itu ~ berita yg tersiar di sebuah akhbar; tuduhan yg ~ bukti-bukti yg nyata;mendasar bersifat dasar atau asas: ke­perluan-keperluan yg paling ~ bagi zaman­nya; mendasari menjadi dasar atau asas kpd: konflik antara Hang Tuah dgn Hang Jebat yg ~ drama ini adalah cukup dramatik; kita akan dapat melihat ideologi yg ~ pe­nu­lisannya; mendasarkan menggunakan (memakai) sbg dasar: perkahwinan harus didasarkan pd cinta dan kasih sayang;pendasaran proses menjadikan sesuatu dasar: situasi masyarakat yg saintifik dibantu oleh ~ sifat-sifat sandiwara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.sar] | داسر

Definisi : 1 bahagian yg di bawah sekali (bkn laut, sungai, botol, kuali dll): Air sungai itu sangat jernih hingga nampak ~nya. 2 asas; panduan (pendapat, falsafah, aturan dll): ~ kerajaan ialah meninggikan taraf ekonomi rakyat Malaysia. ~ Ekonomi Baru dasar yg membuka jalan ke arah penyelesaian masalah ekonomi yg tidak seimbang. 3 lantai: ~ rumah itu dibuat drpd simen. 4 lapisan yg di bawah sekali (pd gambar dll): latar: ~ gambar itu berwarna biru muda. 5 bp memang begitu (perangainya, sifatnya dsb): ~ hidung belang, di mana pun, dia suka mengganggu perempuan. berdasar 1 mempunyai dasar: Selendang itu ~ warna merah jambu. 2 bersandar; berasas: Aduan-aduan itu ~ pd bukti yg nyata. berdasarkan berdasar pd; berasaskan: Laporan itu ~ kejadian-kejadian yg betul-betul berlaku. mendasarkan memakai sbg dasar: Kekuatan sesebuah negeri itu biasanya didasarkan pd kekuatan tenteranya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dasar


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Pentingnya memahami dasar kerajaan [buku: Dasar-dasar utama kerajaan Malaysia]Idros SamsudinDewan Budaya1 February 2009
Isu yang menyentuh Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan KebangsaanTiadaPelita Bahasa2 January 2001
Dasar bahasa dalam sistem pendidikanTan Yao SuaPEMIKIR1 January 2007
Dasar PelangiJuliaDewan Pelajar1 March 1976
Dasar monetari terhadap ekonomiMohd Fuad AbdullahDewan Ekonomi1 March 2009
Dasar Luar AS Bertukar di Tangan ObamaMohd. Naim ZainulDewan Masyarakat1 March 2009
Dasar Ekonomi Baru belum tercapaiAhmad Atory HussainDewan Ekonomi1 January 2007
Dasar Pelancongan BudayaMohd. Ghazali AbdullahDewan Budaya1 November 2001
Dasar Automotif Nasional: sinar baru dalam industri kenderaanMohd. Rosli, Dr.,Masa1 April 2006
Dasar Alam Sekitar Malaysia: usaha bersepadu semua pihakMustafa Dakian, Dr., dan Lailtul Insyirah MustafaMasa1 February 2006
12345678910...

Kembali ke atas