Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.tu/] | داتوق

Definisi : 1. bapa kpd ayah atau ibu seseorang; 2. panggilan oleh seseorang terhadap bapa kpd ayahnya (ibunya) atau terhadap se­se­orang lain yg sedemikian tuanya, aki, kakek; ~ nenek nenek moyang, leluhur; 3. ark panggilan orang ramai kpd anggota polis atau panggilan mata-mata kpd pegawai atasannya; 4. Mn penghulu adat; 5. hantu (puaka, pe­nunggu) sesuatu tempat: ~ di pokok itu kononnya selalu mengganggu orang-orang yg lalu di situ; 6. topekong, berhala, atau dewa (kpd orang Cina yg mempunyai ke­percayaan tertentu); rumah ~ rumah berhala; 7. bp sebutan bagi harimau; ~ betina sl ketua dayang-dayang dlm istana; ~ kayu ark pegawai dan kakitangan jabatan hutan; mendatukkan menjadikan (memanggil) datuk: Tok Embong dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak dan didatukkan oleh peringkat cucunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.tu/] | داتوق

Definisi : 1. gelaran kehormat kpd orang yg berpangkat atau bermartabat tinggi (yg biasa­nya menjadi pembesar negeri): ~ Bendahara; ~ Paduka Raja; ~ Panglima; ~ Temeng­gung; 2. gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Yang Dipertua Negeri Sabah kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara); ~ Bandar ketua pentadbiran sesebuah bandar raya; ~ Patinggi gelaran kehormat yg dianu­gerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu; ~ Seri gelaran kehormat yg dianu­gerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kpd orang yg telah dianugerahi pingat ter­tentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.tu/] | داتوق

Definisi : 1 bapa kpd ayah atau ibu sendiri. 2 panggilan utk bapa kpd ayah atau ibu sendiri; panggilan utk orang lelaki yg lebih kurang sebaya dgn datuk 1. mendatukkan memanggil seseorang datuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[da.tu/] | داتوق

Definisi : 1 gelaran kehormatan yg dianugerahkan oleh Ketua Negara atau Ketua Negeri kpd orang-orang tertentu (kerana menghormati jasanya dll): Antara tetamu yg hadir termasuklah ~ Hussein Onn dan isterinya, Datin Suhaila. 2 gelaran kehormatan yg diberikan kpd orang-orang yg berpangkat: ~ Bandar; ~ Bendahara; ~ Panglima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datuk

Puisi
 

Burung belibis burung jelatuk,
     Singgah menyewa di kampung petani;
Minta tabik segala datuk,
     Datuk ada semua di sini.


Lihat selanjutnya...(27)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Petikan bahasa [Datuk Zainal Abidin Borhan, Datuk Mustapa Mohamed dan Datuk Zainal Abidin Kling ]TiadaDewan Bahasa1 December 2007
Datuk Oh DatukRoshapizawati SulongDewan Siswa1 October 1980
Antara Datuk dan datukLatifah OthmanPelita Bahasa1 August 1990
Petikan bahasa [Datuk Abdul Rahim Mokti, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Datuk Seri Zainuddin Maidin}TiadaDewan Bahasa1 March 2008
Petikan Bahasa [Yusof Jantan (Datuk Bandar Melaka), Datuk Abdul Ghani Othman dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein]TiadaTiada1 August 2008
Petikan bahasa [ Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Ali rustam dan datuk Sri Rais Yatim)TiadaDewan Bahasa1 January 2009
Petikan bahasa [ Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Sri Zainuddin Maidin, Dr. Nik Safiah Karim dan Datuk Hassan Ahmad ]TiadaDewan Bahasa1 July 2007
Petikan bahasa [Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk A. Samad Said, Tan Sri Lee Lam Thye dan Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah]TiadaDewan Bahasa1 April 2009
Petikan bahasa [Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar]TiadaDewan Bahasa1 December 2008
Petikan bahasa [Datuk Dr. Nik Safiah Haji Abdul Karim, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Najib Tun Razak]TiadaDewan Bahasa1 July 2008
12345678910...

Kembali ke atas