Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[deng.ki] | دڠکي

Definisi : 1. = kedengkian kebencian (ke­marahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yg amat sangat, niat jahat yg terpendam terhadap seseorang (disebabkan perasaan iri hati): tiada aku mengadakan segala per­kataan ini oleh sebab ~; difitnahkannya pemuda itu kerana ~nya; 2. = berdengki menaruh perasaan benci (niat jahat dsb) ter­hadap seseorang kerana cemburu atau iri hati yg amat sangat: apalah gunanya kita ~ se­sama kita; berdengki-dengkian saling berdengki; berdengki-dengkian saling berdengki; mendengki dengki pd (terhadap), menaruh ke­­bencian (niat jahat) terhadap seseorang (kerana berasa iri hati yg amat sangat): tidak ada gunanya kamu ~ kawan-kawanmu sendiri; dengki-mendengki saling berdengki: se­mua penduduk Madinah tidak harus ber­musuh-musuhan dan ~ antara satu sama lain; pendengki (orang yg sifatnya) suka men­dengki: Ahmad itu ~ sungguh orangnya (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[deng.ki] | دڠکي

Definisi : tidak suka, marah dll kerana cemburu; benci kerana terlalu cemburu; iri hati. berdengki menaruh perasaan dengki (benci, marah dll): Apa faedahnya ~ antara adik-beradik? mendengki menaruh perasaan dengki terhadap; berasa iri hati akan; berdengki kpd: Tidak baik ~ saudara sendiri. dengki-mendengki saling mendengki: Usah kita ~ sesama sendiri. kedengkian sifat atau perasaan dengki. pendengki orang yg berdengki atau mendengki: Saya tidak suka kpd ~ spt dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengki


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Dengki, penyakit yang dilaknat AllahAbu Hassan Din al-HafizDewan Siswa1 March 1984
Hasad dengki Islam anjur persaingan sihatMohd Sukki Bin OthmanDewan Agama & Falsafah1 May 2004

Kembali ke atas