Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[der.ha.ka] | درهاک

Definisi : 1. tidak taat atau khianat kpd negara (Tuhan, orang tua, dll), menentang kekuasaan yg sah: anak yg ~ dimurkai Allah; isteri yg ~ kpd suami; 2. = orang ~ = penderhaka orang yg mengkhianati negara (Tuhan, suami, dll): orang yg memasuki perkumpulan haram itu dianggap sbg ~; anak kunci jahat, peti ~ prb suami yg jahat itu lambat-laun akan ditentang isterinya; berderhaka berlaku derhaka, berkhianat: orang-orang yg ~ kpd ibu bapa akan me­nerima balasan di akhirat kelak; menderhaka melakukan perbuatan derhaka, menentang (melawan) kerajaan (orang tua, suami, dll): kesalahan spt ~, membunuh, dan melukakan orang adalah kesalahan je­na­yah; menderhakai menderhaka terhadap atau kpd seseorang dsb: ~ kedua-dua ibu bapa tergolong dlm dosa besar; kederhakaan hasil perbuatan menderhaka: para nabi diutuskan ke dunia ini kerana ~ dan penyelewengan ummah; penderhakaan perbuatan menderhaka: Ab­­dullah bin Saba telah memainkan pe­ranan yg besar dlm ~ terhadap Sayidina Othman; penderhaka orang yg menderhaka: dlm tempoh sebulan sahaja ~-~ yg melakukan pemberontakan itu telah dapat diusir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[der.ha.ka] | درهاک

Definisi : tidak taat kpd negara (Tuhan, orang tua dll): Anak yg ~ itu akan menerima balasannya. menderhaka melakukan perbuatan yg derhaka; menentang kekuasaan (kerajaan, orang tua, suami dll): Hang Jebat sanggup ~ kpd Raja kerana hendak membela Hang Tuah. menderhakai menderhaka terhadap seseorang: ~ ibu bapa tergolong dlm dosa besar. penderhakaan perbuatan menderhaka atau menderhakai: ~ yg dilakukan oleh pemberontak-pemberontak itu telah lama diketahui oleh pihak berkuasa. penderhaka orang yg menderhaka (kpd Tuhan, negara, ibu bapa dll): ~ itu telah dibuang negeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata derhaka

Puisi
 

Dua puluh tujuh bilangan bulan,
     Tujuh likur bulan puasa;
Sudah patut dibalas Tuhan,
     Kerana kita orang derhaka.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
DerhakaSaleha AhmadDewan Agama & Falsafah1 February 2005
Nilai derhaka dalam bahasaAbdullah HassanPelita Bahasa1 July 1997
Pecah DerhakaMohamad Saleh RahamadDewan Masyarakat1 June 1988
Kau DerhakaZafarina ZainuddinDewan Siswa1 July 1990
Pantang Melayu derhakaRozninah Abd. AzibDewan Sastera1 March 2009
Jika Tanggang Tak DerhakaPeter Augustine GohDewan Sastera1 February 2001
Anak Melayu Mohon Derhaka?Mat LetupDewan Masyarakat1 March 2009
Tuan Puteri Yang DerhakaHaris Fadhila AhmadUtusan Kiblat1 October 1988
Tongkat Sakti dan Anak DerhakaShaari SafieDewan Budaya1 May 2007

Kembali ke atas