Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.wa] | ديوا

Definisi : (déwa) 1. sesuatu yg dipuja-puja kerana dipercayai berkuasa terhadap alam dan manusia, yang-yang: membakar colok utk memuja ~; 2. ki orang (sesuatu) yg dipuja-puja: wang juga akan ~nya; ~ pujaan hatinya telah mati ditembak pengganas; mendewakan, mendewa-dewakan, mem­­­­per­dewakan memuja-muja spt dewa: masih banyak lagi pegawai kerajaan yg mendewa-dewakan bahasa Inggeris; kedewaan 1. (hal) mengenai dewa: agama Hindu telah memasukkan adat resam dan sistem ~ Hindu; 2. tempat (kediaman) dewa-dewa; pendewaan perihal atau perbuatan men­dewakan: ~ bahasa Inggeris dan kelulusan Inggeris masih diamalkan oleh pihak-pihak tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.wa] | ديوا

Definisi : /déwa/ 1 roh yg dipuja-puja kerana dipercayai berkuasa atas alam dan manusia. 2 ki seseorang atau sesuatu yg dipuja-puja: ~ pujaannya ialah penyanyi kacak itu. mendewakan memuja-muja spt memuja dewa: Masih ada beberapa orang Melayu yg ~ bahasa Inggeris. kedewaan sifat-sifat dewa; mengenai dewa. pendewaan hal atau perbuatan mendewakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dewa

Puisi
 

Sayang dewa membuang dewi,
     Sedikit kapur banyak gambir;
Banyak bohong buat sendiri,
     Sedikit tutur banyak sindir.


Lihat selanjutnya...(6)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Dewa Indera, Indera Dewa: makyung yang dimodenkanDinsmanPentas1 September 2006
Dewa SukmaAzmi Haji IbrahimMingguan Wanita1 June 2007
Dewa, OreganoAdnan Abd. JamilDewan Budaya1 May 2008
Dewa Muda Menghilangkan Identiti MakyungM.G. NasuruddinDewan Budaya1 October 2000
Dewa Raja Timur orang Cina membakar kemenyan dan kertasAnn Wan SengDewan Agama & Falsafah1 September 2003
Dewa Xuan Wu dianggap setaraf dengan Maharaja WencangAnn Wan SengDewan Agama & Falsafah10 January 2003
Dewa Er Lang pernah ditawarkan kepada Naga SungaiAnn Wan SengDewan Agama & Falsafah12 January 2003
DewaMokhtar A. KSarina1 February 1977
Dewa Kepada PatungnyaAhmad SebiDewan Sastra15 April 1972
Dewa DapurHanim ZainDewan Siswa1 April 1979
123

Kembali ke atas