Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ploma.si] | ديڤلوماسي

Definisi : 1. seni atau amalan mengurus hu­bung­an antarabangsa: kemenangan ~ Inggeris itu disebabkan oleh kebijakan para dip­lomat­nya; wakil-wakil ~ Id wakil-wakil negara asing spt duta (kuasa usaha dll); 2. seni dan kemahiran berurus dgn seseorang tanpa menyinggung perasaannya: licin sekali ~ Pak Ali meminta yuran hingga sedikit sahaja ahli yg tidak membayar hutang; berdiplomasi 1. mengurus hubungan antara­bangsa; 2. mengendalikan seseorang dgn berhati-hati (tidak dgn terlalu berterang-terangan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.ploma.si] | ديڤلوماسي

Definisi : 1 kecekapan mengurus perhubungan rasmi antara satu negara dgn negara lain. 2 cara halus utk mempengaruhi orang: Dia pandai menjalankan ~ hingga terlaksana cita-citanya. berdiplomasi 1 mengurus perhubungan antara negara dgn negara. 2 mengatakan sesuatu dgn hati-hati (tidak berterang-terang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diplomasi


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
"Diplomasi kebudayaan tugas rumit"Norazlinda MisranPelita Bahasa1 September 2007
Diplomasi budaya: senjata baharu ASChe Mahzan AhmadDewan Siswa1 September 2007
Diplomasi Dia dan AkuRadhiah NurMutiara1 January 1956
Diplomasi dan kedutaanR. M. AkmalDewan Masyarakat1 June 1965
Istilah Diplomasi dan Hubungan AntarabangsaTiadaPelita Bahasa1 October 1998
Pihak lain dalam diplomasi antarabangsaHafriza BurhanudeenJurnal Bahasa1 December 2006
Asia Barat bebaskan diplomasi daripada hambatan taasubHenry KissingerDewan Masyarakat1 March 2004
Cara mengejakan istilah-istilah diplomasi dan hubungan antarabangsaNabihah MudaPelita Bahasa1 November 1998

Kembali ke atas