[di.si.plin] | ديسيڤلين
Definisi : 1. latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pd tatatertib: ~ ketenteraan yg ketat; 2. peraturan yg ditetapkan utk melatih seseorang supaya berkelakuan baik: guru besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yg melanggar ~; 3. kepatuhan kpd peraturan yg telah ditetapkan: mereka sentiasa menunjukkan ~ yg baik utk menjaga nama baik sekolah mereka; 4. hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yg ditetapkan: tindakan ~ akan dikenakan terhadap pemandu bas yg tidak cermat; 5. bidang atau lapangan kajian: fonemik adalah satu ~ dlm bidang linguistik; berdisiplin patuh (taat) pd (peraturan dll): tentera meriam Portugis yg ~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka; kejayaan sesuatu usaha yg dilakukan bergantung pd kumpulan pekerja yg cekap, berdedikasi dan ~; mendisiplinkan membuat supaya berdisiplin: ibu bapa dan guru-guru bertanggungjawab ~ kanak-kanak; pendisiplinan perbuatan mendisiplinkan: ~ penulis kpd tatasusila kepujanggaan; pendisiplin orang (biasanya yg ada kuasa) yg mendisiplinkan orang lain: menggunakan kekuasaan sbg ~ bagi seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[di.si.plin] | ديسيڤلين
Definisi : 1 peraturan utk melatih seseorang supaya berkelakuan baik: Sekolah itu mempunyai ~ yg patut dipuji. 2 kepatuhan atau ketaatan pd tatatertib dan peraturan: Murid-murid itu menunjukkan ~ yg cukup baik. berdisiplin menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-undang dll): Pegawai-pegawai polis itu ~ walaupun mereka di luar pejabat. mendisiplinkan melatih atau membuat seseorang supaya berdisiplin: Dia pandai ~ kanak-kanak yg nakal itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)