Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.ku.men.ta.si] | دوکومنتاسي

Definisi : himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen (yg dapat digunakan sbg asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu ter­bitan, dll), perbahanan: H.B. Jassin mem­punyai ~ sastera Indonesia yg lengkap; filem ~ Id filem dokumentari; mendokumentasikan mengusahakan (dgn mengumpulkan, menyusun, merakamkan, dsb) sehingga tersedia sbg dokumentasi: persatuan-persatuan kaum berkenaan harus mempunyai unit penyelidikan dan doku­mentasi sendiri utk menyelidik dan ~ khazanah budaya mereka; seseorang pe­ngumpul cerita rakyat dapat ~ bahan yg boleh menjadi bahan kajian penting utk generasi akan datang; pendokumentasian usaha (kegiatan, proses, dsb) mendokumentasikan: ~ cerita rakyat; ~ sastera Iban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.ku.men.ta.si] | دوکومنتاسي

Definisi : /dokuméntasi/ bukti atau keterangan (buku lama, surat khabar dll) yg terkumpul: ~ perkamusan yg tersimpan di Dewan Bahasa dan Pustaka masih belum lengkap. filem ~ filem yg menunjukkan peristiwa-peristiwa yg berlaku dlm masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dokumentasi


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Dokumentasi lisan memperlengkap dokumentasi bertulis dalam penyusunan sejarah bahasa MelayuRaja Masittah Raja Ariffin, Rahmah JaafarDewan Bahasa1 December 2002
Satu Dokumentasi (Atas Kelahiran Dokumentasi Redza Piyadasa danSuleiman Esa)A. Ghani HamidDewan Sastra15 January 1975
Dokumentasi: shair Sultan Abu Bakar Ibni Sultan Ibrahim JohorIsmail HusseinDewan Bahasa1 May 1976
Dokumentasi kesusastraan Malaysia: arah dan masalahHamdan YahyaDewan Bahasa1 April 1976
Dokumentasi secara kreatifRozninah Abd. AzibDewan Sastera1 January 2004
Dokumentasi sastra keperluan dan kepentingannyaZainal Abidin BakarDewan Sastra15 February 1975
Dokumentasi sastera ASEANHamdan YahyaDewan Sastera15 November 1978
Dokumentasi kesusasteraanJassin, H. BHorison1 June 1967
Pentingnya dokumentasi bahasaSalman SulaimanDewan Bahasa1 April 2007
Pusat Dokumentasi Melayu: sejarah dan cabaran masa depanRaja Masittah Raja Ariffin, Idros SamsudinPelita Bahasa1 November 1993
123

Kembali ke atas