Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.ngéng] | دوڠيڠ

Definisi : (dongéng) 1. = cerita ~ cerita kha­yalan (yg diada-adakan kejadiannya): ~ Pak Kaduk, si Luncai, dan Pak Belalang sangat-sangat digemari oleh kanak-kanak; ~ dewata dongeng mengenai dewa-dewa; ~ ibarat dongeng yg mengandungi ibarat; 2. ki sesuatu (spt berita, cakap-cakap, dll) yg tidak benar: apa yg diceritakannya itu hanyalah ~ semata-mata; berdongeng ki bercakap tentang sesuatu yg tidak benar: saya bukan hendak ~ apabila menceritakan hal itu; mendongeng 1. membuat (menyampaikan) cerita dongeng: ibu selalu ~ pd waktu kami hendak tidur; 2. ki bercerita atau meminta yg bukan-bukan: ibunya hari-hari ~, me­ngecek, dan memujuk dia supaya ber­kahwin; mendongengkan ki menyampaikan (men­ceritakan) kisah yg bukan-bukan: bermacam-macam kisah yg didongengkannya apabila ia pulang dr luar negeri; kedongengan unsur-unsur yg berkaitan dgn kisah khayalan: kadar ~ lebih tinggi dlm filem tersebut; dongengan cerita (yg karut, bohong, dll): kekayaan negeri itu nyatalah hanya ~ semata-mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.ngéng] | دوڠيڠ

Definisi : /dongéng/ 1 cerita rekaan yg mengkhayalkan: ~ Bawang Putih Bawang Merah, ~ Pak Kaduk dll sangat disukai oleh kanak-kanak. 2 tidak benar (bkn berita, khabar dll); (yg) diada-adakan saja: Berita itu adalah ~ dan karut belaka. mendongeng bercerita ttg (kisah) dongeng; membuat dongeng: Ibu itu rajin ~ kpd anak-anaknya. mendongengkan menyampaikan atau menceritakan dongeng: Sesetengah orang tua selalu ~ kisah-kisah lama kpd cucu-cucu mereka. dongengan cerita yg karut, yg mengkhayalkan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dongeng


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kaca Sebening Tiada (Sejemput Dongeng-dongeng Moden)Pratikto, RiyonoDewan Bahasa1 March 1974
Dongeng untuk PoppyRachman, M. FadjroelHorison1 April 2007
Dongeng RakyatJasni MatlaniDewan Sastera1 September 2002
Dongeng Yunani Tersangkut di Bima SaktiSiti Zaleha M. HashimDewan Sastera1 December 2000
Dongeng MelayuLatifah Hj. Mohammad ShebliDewan Sastera1 November 2000
Dongeng Perang Tamadun Barat - Islam Ciptaan BaratHassan AhmadDewan Budaya1 December 2001
Dongeng Versi Wong Kar WaiHizairi OthmanDewan Budaya1 February 2001
Dongeng Seorang DaraAzman HussinURTV15 August 1997
Dongeng Tukang KasutZahari HasibDewan Budaya9 January 2003
Dongeng MerdekaShahnon AhmadMalay Literature1 January 1990
12345

Kembali ke atas