Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.é.dah] | فاءيده

Definisi : (faédah) 1. guna, manfaat: apa ~nya mencintai orang yg tidak mencintai kita; 2. bayaran yg dikenakan atas pinjaman atau kredit, bunga: kakitangan kerajaan diberi pinjaman perumahan atas kadar ~ 4% setahun; ~ terakru faedah terkumpul yg belum dijelaskan; berfaedah berguna, bermanfaat, memberi keuntungan: nampaknya tidaklah ~ negara yg berjiran menentang satu sama lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.é.dah] | فاءيده

Definisi : /faédah/ 1 sesuatu yg mendatangkan kebaikan; guna: Buah kelapa banyak ~nya. 2 sejumlah wang yg diperoleh apabila menyimpan wang di sesebuah bank dll (utk jangka masa tertentu); bunga; laba; untung: Bank perdagangan memberikan kadar ~ yg tinggi utk wang simpanan para pelanggannya. 3 sejumlah wang yg perlu dibayarkan apabila meminjam wang dr bank dll: Kebanyakan bank mengenakan kadar ~ 10% utk wang yg dipinjamkannya. berfaedah mendatangkan faedah; memberikan kebaikan atau keuntungan; berguna: Tidak ~ lagi kita menunggu di sini kerana sudah sebegini lama, yg ditunggu tak kunjung tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faedah

Peribahasa

Menuntut piutang lapuk.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Faedah mengusai bahasa pertamaZaitul Akma Zainon HamzahPelita Bahasa1 February 2008
Faedah Modul penyelidikan tindakanRamlan Abd WahabDewan Masyarakat1 November 1995
Faedah teori dan manfaat praktisSutung Umar RsDewan Masyarakat1 June 1994
Faedah dan kaedah pengajaran JawiLutfi AbasDewan Bahasa1 June 1984
Faedah pelajaran dalam bahasa anak-anak negeri sendiriTiadaMajalah Guru1 June 1925
Faedah di sebalik berkoperasi di sekolahHalinda Abd. RahimDewan Siswa1 August 1990
Faedah industri pelanconganTaufik Suhaimi AhmadDewan Siswa1 January 1987
Faedah melancong di negara sendiriYeo See LiangDewan Siswa1 June 1987
Faedah koperasi sekolahNita MawawiDewan Siswa1 July 1986
Faedah membaca suratkhabarChang Mee ChingDewan Siswa1 April 1979
123

Kembali ke atas