Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[far.du]/[far.du] | فرض

Definisi : Ar kewajiban yg dituntut (ditentukan) oleh agama; ~ ain fardu bagi orang perseorangan (iaitu yg wajib bagi tiap-tiap orang Islam, spt sembahyang lima waktu, puasa, dll); ~ kifayah tuntutan bersama bagi orang Islam, yg apabila dilaksanakan oleh seseorang antara mereka, yg lain bebas drpd tanggungjawab itu, mis mengebumikan mayat; memfardukan menjadikan fardu, mewajibkan: sesungguhnya Allah SWT telah ~ ibadat puasa pd bulan Ramadan, bukan pd bulan-bulan lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[far.du]/[far.du] | فرض

Definisi : sesuatu yg wajib dilakukan menurut agama Islam; kewajipan. ~ ain kewajipan bagi orang Islam perseorangan (spt sembahyang lima waktu, puasa). ~ kifayah kewajipan masyarakat Islam seluruhnya di sesuatu kawasan, yg memadai jika dilakukan oleh seorang atau beberapa orang (spt menguburkan mayat, sembahyang berjemaah). memfardukan menjadikan fardu; mewajibkan: Zakat mula difardukan pd bulan Syaaban tahun kedua Hijrah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fardu


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Berniaga demi melaksanakan fardu kifayahMohd Riduwan WahabDewan Ekonomi1 March 2008
Budaya niaga sebagai fardu kifayahMohd Riduwan WahabDewan Ekonomi1 March 2009
6779 pelajar gagal fardu ainTiadaDewan Siswa1 January 1996
Aktiviti Perniagaan: Islam perlu fahami tuntutan fardu kifayahMohd Riduwan WahabDewan Agama & Falsafah1 September 2003

Kembali ke atas