Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.sih]/[fa.sih] | فصيح

Definisi : 1. lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap-cakap), petah; ~ lidah = berlidah ~ lancar dan mudah bercakap, pandai berkata-kata; 2. lancar dan baik sebutannya (apabila bertutur dlm sesuatu bahasa lain), petah: ~ berbahasa Perancis; memfasihkan menjadikan fasih (berkata-kata atau bertutur dlm sesuatu bahasa), memetahkan; kefasihan perihal fasih, kepetahan: ~nya bertutur dlm bahasa Melayu membanggakan kami; ~ berkata-kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.sih]/[fa.sih] | فصيح

Definisi : lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap); petah: Anak itu telah ~ bercakap. ~ lidah, = berlidah ~ a. lancar dan baik lafaznya. b. pandai berkata-kata. kefasihan keadaan atau sifat fasih; kepetahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fasih


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Fasih bahasa kebangsaan: prasyarat bertanding dalam pilihan rayaMohamad Sofee RazakDewan Bahasa1 November 2007
Fasih bahasa kebangsaan: alasan kita, alasan merekaHasan Baseri BudimanDewan Bahasa1 December 2006
Fasih Inggeris, Celik Sains?Androd SnPelita Bahasa1 July 2001
Berlidah fasihRitah YahayaDewan Bahasa1 October 2008
Pelajar Cina Fasih Berbahasa MelayuAdil Alauddin AzmanPelita Bahasa1 August 2001
Melayu Thai tidak fasih lagi berbahasa MelayuNik Abdul Rakib Nik HassanAl Islam1 August 2004

Kembali ke atas