Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fo.kus] | فوکوس

Definisi : 1. (Fiz) titik tempat sinar (cahaya, haba, bunyi) bertumpu atau tempat ia mencapah selepas pembalikan atau pembiasan; 2. tumpuan (perhatian, perbincangan, dsb): ada parti politik dan persatuan yg cuba memberi ~ kpd masalah ini; berfokus berpusat, tertumpu: bahasa yg kompleks yg kelihatan ~ pd isu atau tema semasa; memfokuskan 1. menjadikan (sinar cahaya, haba, bunyi) bertumpu pd satu titik, menumpukan: apabila bahagian depan mata terlalu bujur dan tidak bulat, cahaya tidak dapat difokuskan ke bahagian belakang mata; 2. memberikan tumpuan (perhatian dsb) kpd, menumpukan perhatian kpd, menonjolkan: drama sebabak ini ~ saat-saat terakhir pemberontakannya; terfokus terarah pd suatu tujuan (sasaran, perhatian dsb), tertumpu: mataku ~ pd sehelai sapu tangan merah yg kini berada di genggaman pengetua; komitmen yg lebih ~ terhadap penggunaan sumber; pemfokusan perbuatan memfokuskan: ~ kpd sasaran ini ditinggalkan kpd para pengkritik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fo.kus] | فوکوس

Definisi : 1 ist satu titik dlm sistem optik tempat sinar bertumpu atau tempat sinar mula mencapah. 2 sesuatu yg menjadi pusat perhatian: Mereka menitikberatkan perkara yg menjadi ~ perbincangan pd hari itu. 3 tumpuan perhatian, perbincangan dsb: Dia memberikan ~ pd mata pelajaran Sains. berfokus berpusat; bertumpu: Perbincangan itu ~ pd isu moral para remaja. memfokus membuat tumpuan pd satu titik atau pd satu objek: Kamera itu dpt ~ secara automatik. memfokuskan menjadikan cahaya bertumpu ke satu titik (dgn menggerak-gerakkan kanta dll). terfokus 1 tertumpu pd sesuatu yg diperhatikan: Mataku ~ pd tompokan darah di lantai. 2 tertumpu pd sesuatu sasaran: Usaha dan tindakan yg diambil mestilah ~ agar matlamat dpt dicapai. pemfokusan perbuatan, proses dsb memfokus atau memfokuskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fokus


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Fokus yang menarik [Surat kepada editor]Nordin SaadDewan Sastera1 November 2007
Fokus 25 tahun PPJ: masalah dan cabaran penulis JohorTalib SamatJurnal Persatuan Penulis Johor1 December 1993
Fokus (1) Sidang MBIM ke-15: pencipta istilah perlu menguasai bahasaHassan AhmadDewan Bahasa1 October 1980
Fokus dan alat-alat pembentukannya dalam bahasa IndonesiaSamsuriDewan Bahasa1 February 1979
Fokus (3) Sidang ke-15 MBIM: tinjauan dan keputusanAwang SariyanDewan Bahasa1 October 1980
Fokus (2) Sidang MBIM ke-15: "industri" dan "pemasaran" bahasaHalim, AmranDewan Bahasa1 October 1980
Fokus dalam penciptaan sajakRahman ShaariDewan Siswa1 December 1989
Fokus kitaTiadaTempo23 August 1975
Jangan Fokus Negeri Johor SahajaNik Siti Hadiratul Sakinah ZulkDewan Sastera1 August 2000
Mengatasi fokus budaya melalui fahaman budayaGoh Sang SeongDewan Bahasa1 May 2009
12

Kembali ke atas