Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gang.guan] | ݢڠݢوان

Definisi : 1. perbuatan mengganggu (mengusik dsb), usikan, godaan; 2. sesuatu yg mengganggu (mengacau, menghalang, menyusahkan, dsb), halangan; ~ fikiran keadaan jiwa (perasaan atau minda) yg tidak tenteram, cemas, bercelaru dsb akibat sesuatu tekanan, terutamanya faktor luaran atau persekitaran; ~ mental (Ubat) sebarang penyakit atau keadaan seseorang, yg berlaku akibat perubahan organik atau tak organik pd otak, yg seterusnya mengganggu fungsi otak; ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, meraba dsb, biasanya dilakukan berulang-ulang, terutamanya oleh orang lelaki terhadap wanita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gang.guan] | ݢڠݢوان

Definisi : apa-apa yg mengganggu; sesuatu yg menyusahkan dll; halangan. ~ fikiran gangguan yg berlaku pd fikiran seseorang yg menyebabkan dia berasa tidak tenteram, fikirannya cemas atau bercelaru akibat sesuatu tekanan atau masalah yg dihadapi. ~ jiwa gangguan yg berlaku pd jiwa (batin) seseorang. ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, perbuatan meraba, yg biasanya dilakukan berulang-ulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gangguan


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Gangguan Sebutan Bahasa Melayu dalam Pemerolehan Sistem Bunyi Bahasa ArabMohd. Azidan Abdul JabarDewan Bahasa1 December 2000
Gangguan Fonologi pada Orang Pekak PerolehanRaja Masittah Raja AriffinDewan Bahasa1 August 2000
Gangguan Emosi Punca Rambut GugurTiadaDewan Masyarakat1 November 2008
Gangguan semantik kata pinjaman Arab dalam Bahasa MelayuChe Radiah MezahDewan Bahasa1 September 2008
Gangguan fonologi pada orang pekak perolehanRaja Masittah Raja AriffinJurnal Dewan Bahasa1 August 2000
Gangguan bahasa dan model bahasaAbdul Aziz Abdul TalibPelita Bahasa1 November 1990
Gangguan Roh DahliaWahid KasranKarya1 October 1997
Gangguan dalam pembacaan penutur gagapA. Rahim MahmoodPelita Bahasa1 July 1998
Gangguan dalam sistem giliran bertutur kanak-kanak Melayu: suatu analisis pragmatikNoor Aina DaniJurnal Bahasa1 December 2003
Gangguan malam di asrama puteriAjikikDewan Siswa1 May 1979
12

Kembali ke atas