[gan.jil] | ݢنجيل
Definisi : 1. ajaib, aneh, pelik: kelakuannya agak ~ akhir-akhir ini; 2. tidak genap (bilangan), gasal: nombor bulat yg bukan nombor genap dinamakan nombor ~;mengganjil berlaku ganjil (lain drpd biasa): dia itu selalu ~ saja drpd orang lain;mengganjilkan 1. menjadikan ganjil (tidak genap, ajaib, aneh, dsb); 2. membuat orang menganggap aneh (ajaib dll): pakaiannya yg sungguh ~; keluar tak ~ masuk tak menggenapkan prb hal (orang) yg tidak mendapat perhatian dlm masyarakat; keganjilan perihal ganjil, keanehan, keajaiban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[gan.jil] | ݢنجيل
Definisi : 1 sentiasa berlebih satu apabila dibahagikan dgn dua (ttg angka); tidak dpt dibahagikan dgn angka dua dgn tepat (tidak berlebih); tidak genap: 1, 3, 5, 7 dan 9 semuanya angka ~. 2 berlainan drpd yg biasa; tidak sebagaimana biasa; aneh; pelik: Apabila otak seseorang itu tidak sihat, kelakuannya menjadi ~. mengganjilkan 1 menjadikan ganjil atau tidak genap: Bilangan ahli jawatankuasa yg sepuluh orang itu hendaklah diganjilkan. 2 menimbulkan anggapan ganjil; menganehkan; memelikkan: Pakaiannya ~, orangnya tidak. keganjilan keadaan ganjil; keanehan; kepelikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)