Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.gar] | ݢݢر

Definisi : gentar, goncang, goyang; bergegar bergoyang, bergoncang: rumah itu pun ~ akibat letupan bom;menggegar menggeletar, menggetar, gemuruh: bunyi letupan ~ hingga ke rumah-rumah yg berdekatan;menggegarkan menggoncangkan, menggoyangkan, menggetarkan: satu letupan ~ kapal itu; jeritan hatiku yg amat ~ jantung;tergegar tergoncang, tergoyang: kerana kemalangan itu otaknya ~, maka terpaksalah ia dihantar ke rumah sakit gila; gegaran perihal bergegar: rumah itu roboh kerana ~ gempa; penggegar unsur (orang atau alat) yg menggegarkan sesuatu: beliau bukan sahaja penyeri tetapi juga ~ gelanggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.gar] | ݢݢر

Definisi : ; bergegar 1 bergerak ke atas ke bawah atau ke depan ke belakang dgn cepat dan kuat; bergoncang: Ketika gempa yg hebat itu berlaku, rumah saya ~ juga. 2 bergemuruh dan bergetar: Bunyi tembakan meriam itu ~ jauh-jauh. menggegarkan menyebabkan menjadi bergegar, menggoncangkan: Letupan bom di kawasan itu telah ~ rumah-rumah di sekitarnya. gegaran hal bergegar; goncangan: Sepuluh buah rumah di tebing sungai itu terjejas oleh ~ gempa bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gegar

Puisi
 

Anak Cina memasang colok,
     Pergi ke pasar membeli pari;
Jangan gegar jangan dijolok,
     Kerana buah muda lagi.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Gegar Bumi Itu Menggigil Tanah IniMohd. Nazmi YaakubDewan Sastera1 April 2004
'NT2" gegar pawagamAiza Akma RamlanMedia Hiburan17 November 2007
Beg kalis gegarN. Z. AbidinDewan Siswa1 April 1987
Rumah Kacha Di-Gegar GempaRuhi HayatDewan Masyarakat15 September 1969

Kembali ke atas