Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gem.bi.ra] | ݢمبيرا

Definisi : 1. = bergembira sangat suka, sangat girang, besar hati: “Saya suka, saya ~,” katanya; 2. = naik ~ = bergembira bangga dan berani, marah: mendengar penghinaan itu, panglima itu pun naik ~, mukanya merah menyala; 3. = kegembiraan; menggembirakan 1. menimbulkan perasaan gembira, membawa kegembiraan: kenangannya melayang kpd hari Natal yg ~ itu; sampaikan berita yg ~ kpd orang yg beriman; 2. memberanikan, menggiatkan; kegembiraan keadaan gembira, kesukaan, kegirangan, kebanggaan, keberanian: dia menceritakan kejayaannya kpd adik-adiknya dgn ~; tidak ada kata-kata yg hendak dilahirkan bagi menyatakan ~ hatinya; mereka dlm ~ menerima kurniaan dan kenikmatan Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gem.bi.ra] | ݢمبيرا

Definisi : sangat suka; besar hati; bangga: Dia sungguh ~ kerana anaknya akan pulang tidak lama lagi. bergembira berasa gembira; berasa sangat suka: Mereka ~ kerana telah lulus ujian itu. menggembirakan menimbulkan perasaan gembira; menyebabkan gembira: Perkara yg sangat ~ aku ialah aku dpt bertemu semula dgn saudara-saudaraku. kegembiraan hal atau keadaan gembira; rasa gembira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gembira

Peribahasa

Bagai si mandul mendapat anak.

Bermaksud :

Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai perempuan bunting bertemu idamannya).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Gembira Hatiku, GembiraAladin MohamadDewan Siswa1 September 1979
Gembira Aku Bebas!Abd. Rashid NgahDewan Pelajar1 March 1981
Sedih GembiraSharkawi AriffinDewan Pelajar1 August 1975
Seribu GembiraHj.KhairuddinDewan Pelajar1 February 1973
Waktu GembiraS. Fatimah Zaini Abd. HadiDewan Pelajar1 January 1968
Hari GembiraShamsuddin Ja'afarDewan Pelajar1 January 1968
Antara gembira dengan kecewaLatifah OthmanPelita Bahasa1 May 1997
Airmata GembiraMohd. Tajuddin Haji Abdul RahmanSarina1 October 1980
Menyumbang kerana gembira atau malu?Zaharah NawawiDewan Budaya1 March 1998
Antara Sedih dan GembiraMusa AliDewan Siswa1 October 1982
12

Kembali ke atas