Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[giat] | ݢيات

Definisi : I sentiasa atau sering kali membuat sesuatu, aktif, cergas, cekatan, tangkas: kita mesti ~ bekerja; sejak awal tahun enam puluhan, Mohd Nor Azam ~ menulis ulasan tentang cerpen; bergiat berusaha dgn giat, bersungguh-sungguh, aktif: dia ~ dlm lapangan seni nyanyi; kanak-kanak itu tidak mahu ~ menjayakan usaha guru; menggiatkan, mempergiat, mempergiatkan menyebabkan bergiat, membangkitkan semangat utk berusaha: perkataan itu ~ usaha mereka; kegiatan 1. perihal atau keadaan giat, kecergasan; 2. aktiviti; penggiat pihak (bahan, orang, jentera, dsb) yg menggiatkan sesuatu; penggerak: tokoh dan ~ teater berkumpul utk membincangkan kegiatan teater tanah air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[giat] | ݢيات

Definisi : ejekan, cemuh: ~ dan cemuh kawan-kawannya tidak pernah dijawab; menggiat mengejek, mencemuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[giat] | ݢيات

Definisi : rajin serta sungguh-sungguh membuat sesuatu; tangkas dan kuat; aktif: Anak-anak hendaklah dididik supaya ~ belajar. bergiat berusaha dgn sungguh-sunguh: Setelah tamat pengajiannya, ia ~ pula dlm lapangan politik. menggiatkan membangkitkan semangat supaya giat: Syarikat itu ~ orang-orang Melayu dlm lapangan perniagaan. mempergiat menjadikan lebih giat: Dia ~ usaha yg dijalankannya itu. kegiatan 1 hal atau keadaan giat; ketangkasan dan kekuatan (berusaha); keaktifan. 2 usaha atau kerja yg dilakukan; aktiviti: ~ luar sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[giat] | ݢيات

Definisi : kata(-kata) yg digunakan utk mengejek, mencemuh atau menyindir: Segala ~ dan cemuh tidak pernah dihiraukannya. menggiat mengeluarkan kata(-kata) utk mengejek; mencemuh; menyindir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata giat


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Shana giat memartabatkan silat MelayuTiadaDewan Siswa1 February 2005
Seorang seniman mesti giat mencari melihat setiap detik peristiwa yang berlaku di sekelilingnyaKemalaDewan Masyarakat1 May 1970
Tan Sri Datin Dr. Hajah Aishah Hj. Abdul Ghani masih giat danbersemangat walau sudah bersaraHazaniFamili1 November 1989

Kembali ke atas