Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.réng] | ݢوريڠ

Definisi : (goréng) 1. yg dipanggang (dipanaskan) dlm kuali kering, yg dimasak dgn minyak: kacang ~; mi ~; nasi ~; pisang ~; minyak ~ = minyak penggoreng minyak utk menggoreng; 2. bp kecekapan memetik gitar mengikut tempo rancak; menggoreng 1. memasak dgn minyak: ~ikan; ~ pisang; 2. memasak (beras, tepung, dsb) dlm kuali dgn tidak menggunakan minyak, merendang; 3. bp memperolok-olokkan, memborak; menggorengkan menggoreng utk: “Emak, gorengkan saya sebiji telur”; gorengan sesuatu yg digoreng; penggorengan bekas (spt kuali dll) tempat menggoreng: kutekan ikan itu pd ~ supaya lekas masak;penggoreng 1. orang yg menggoreng: ~ mi; 2. alat yg digunakan utk menggoreng: kuali ~ ikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.réng] | ݢوريڠ

Definisi : ; menggoreng memasak dlm kuali yg dibubuhi minyak atau tidak: ~ ikan. gorengan apa-apa yg digoreng; hasil drpd menggoreng. penggorengan 1 bekas tempat menggoreng. 2 perbuatan atau hal menggoreng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata goreng

Puisi
 

Masak taugeh goreng lada,
     Lada ditumbuk lada putih;
Tuan menagih pada yang ada,
     Saya merajuk pada yang kasih.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Goreng pisang atau pisang goreng?Rahman ShaariPelita Bahasa1 February 1992
Goreng dan KukusAbdul Halim YaacobDewan Budaya1 February 2008
Goreng tanpa minyakAsnor HamidPelita Bahasa1 July 1993
Goreng tanpa minyakQuraizy JinePelita Bahasa1 April 1993
Perihal goreng pisang dan cucur kodokMohd Rashid DarhamPelita Bahasa1 March 2009
Pelesit gorengJymmy AsmaraMastika1 January 1975
Sedapnya Ayam GorengMohd Hanim Mohd Tahir, Jamilah Othman, Ahmad Pesol SaadDewan Pelajar1 January 1983
Gerai Pisang Goreng AbahAinul Muaiyanah SulaimanDewan Sastera1 October 2007
Memanaskan pisang goreng yang telah dinginAwang SariyanPelita Bahasa1 March 1992
Pradigma untuk goreng pisangWan Abu Bakar Wan AbasPelita Bahasa1 March 1993
12

Kembali ke atas