Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.gat] | ݢوݢت

Definisi : ; menggugat 1. mendakwa, mengadukan (perkara) kpd mahkamah; ~ pusaka mengadukan perkara pusaka kpd mahkamah; 2. mendesak supaya menepati janji, membangkitkan perkara yg sudah-sudah, mengkritik dgn keras, mencela, membantah, menyanggah: ahli Dewan Rakyat itu digugat oleh ahli-ahli partinya kerana tidak menepati janji; tergugat digugat: ketenteraman masyarakat telah ~; gugatan dakwaan, tuntutan, celaan, sanggahan; penggugatan perihal atau perbuatan menggugat; penggugat orang yg menggugat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.gat] | ݢوݢت

Definisi : Id goncangan; menggugat menggoncang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.gat] | ݢوݢت

Definisi : ; menggugat 1 mengadukan sesuatu hal kpd mahkamah; menuntut di mahkamah; mendakwa: Jika hendak ~ orang, kita mesti mempunyai bukti-bukti yg nyata. 2 membangkit-bangkit perkara yg sudah-sudah; menuntut supaya ditepati janji dll; mencela dgn keras: Rakyat jelata telah ~ wakil-wakil mereka ke Parlimen kerana tidak menepati janji. penggugatan perbuatan atau cara menggugat. penggugat orang yg menggugat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[gu.gat] | ݢوݢت

Definisi : ; menggugat menjadikan keadaan (kedudukan dll) berubah atau tidak tetap; menggoncangkan; menggoyangkan: Kehadiran pelumba baru itu telah ~ kedudukannya sbg pelari yg paling pantas. tergugat menjadi tidak teguh atau tidak tetap: Jawatannya sbg ketua di situ telah ~ kerana dia tidak menjalankan tugasnya dgn betul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gugat


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Jangan gugat keharmonianFaridah YusofDewan Masyarakat2 January 2001
Kakitangan 'melompat' gugat syarikat kecilAbdul Razak Haji OmarDewan Ekonomi1 November 1997
Dasar Siamisasi gugat identiti Melayu ThailandNik Abdul Rakib Nik HassanAl Islam1 June 2004
Kegawatan ekonomi serantau gugat kerjasama ASEANMohd. Haflah PieiDewan Ekonomi1 January 1998
Lambaian maut AIDS gugat duniaRudi Affendi KhalikDewan Masyarakat1 March 2005
Pelanggengan kekuasaan dalam lakon Semar Gugat N. RiantiarnoDanardana, Agus SriPangsura1 January 2005

Kembali ke atas