Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hab.lur] | هبلور

Definisi : 1. benda keras yg hening spt kaca, kristal: lensa ~; mata ~ ki mata yg bersinar-sinar; 2. (Kim) bahan dlm bentuk yg mempunyai susunan atom dalaman yg berulangan secara tetap dan mempunyai muka satah luaran yg tersusun secara tetap;berhablur mengandungi hablur, berkristal; menghablur menjadi hablur, mengkristal: air garam akan ~ jika dipanaskan lama-lama; menghablurkan menjadikan hablur, mengkristalkan: air tebu dihablurkan menjadi gula; habluran hablur; penghabluran proses menghablur atau menghablurkan, pembentukan hablur, peng­kri­stalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hab.lur] | هبلور

Definisi : ist 1 benda keras yg hening dan berkilau-kilauan spt kaca. 2 bentuk molekul (spt bentuk salji dsb) yg tetap dan asli bagi sesuatu benda: Marmar terdiri drpd ~ kalsium karbonat yg seni. berhablur 1 ada hablurnya. 2 terjadi (dibuat) drpd hablur. menghablur menjadi hablur; bertukar menjadi bentuk hablur: Bahan itu dipanaskan dan dibiarkan ~ pd suhu yg tinggi. meng­hablurkan menjadikan sesuatu dlm bentuk hablur. penghabluran proses menghablur atau menghablurkan; pembentukan hablur: Selalunya garam yg larut disediakan dgn cara ~, dan garam yg tidak larut disediakan dgn cara pemendakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hablur


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
HablurZakaria AbdullahDewan Siswa1 July 1987
Pulang Dari Planet HablurOthman PutehDewan Siswa1 February 1979

Kembali ke atas