Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.la] | هالا

Definisi : arah, tuju: sungainya kecil mengalir ~ ke pantai; mereka mempunyai ~ perjalanan yg berlainan; tidak tentu ~ tidak berketentuan (tidak tentu arah, haru-biru); berhala berarah; menghala menuju, mengarah: terbang ~ ke utara; menghalakan mengarahkan, menujukan: pendekatan ini ~ perhatian pengkaji kpd usaha mencari maklumat tertentu; maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.la] | هالا

Definisi : ; ~-kebala Kl, bp biarkan(lah), lupakan (lah), maafkan(lah): ~lah, jangan diingat-ingatkan lagi perkara itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.la] | هالا

Definisi : arah yg dituju (aliran sungai, tiup­an angin dll): Angin bertiup ~nya ke pantai. menghala mengikut hala; mengarah; menuju: Kapal itu berlayar ~ ke utara. menghalakan menetapkan hala; menujukan; mengarahkan: Dia ~ tembakan itu kpd musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hala (kata nama)
Bersinonim dengan arah, haluan, tuju, hadap, tala, tepas, paran;,
Kata Terbitan : berhala, menghala, menghalakan,

Puisi
 

Daun entemu terlampai-lampai,
     Ditiup angin hala ke darat;
Malam Sabtu hajat tak sampai,
     Ikut rasa hati melarat.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Hala tuju filem Malaysia kian terpesongBukan SelebritiMilenia Muslim1 October 2006
Hala Tuju Generasi MudaMohd. Zamri Abdul HamidDewan Masyarakat1 April 2008
Hala tuju pendidikan seni budaya dan warisanRais YatimDewan Budaya1 November 2006
Hala tuju pendidikan dan latihan guru bahasa Melayu pada abad ke-21Juraih LongJurnal Bahasa1 September 2003
Hala tuju pendidikan alaf baru (diwawancara oleh Padilah Haji Ali)Wan Mohd. Zahid Wan Mohd. NoordinDewan Budaya1 June 1998
MSC: hala baru kemajuan negaraLeau Yee WeiDewan Siswa1 April 1997
Televisyen Dua HalaMohammad Abdul FadzalDewan Pelajar1 September 1978
Ke manakah hala tuju dasar bahasaVictor PogadevDewan Bahasa1 July 2007
Viagra dan hala tuju pembangunan baratIdris ZakariaDewan Budaya1 October 1998
DS dua halaEditorDewan Siswa1 February 1986
12

Kembali ke atas