Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.lal]/[ha.lal] | حلال

Definisi : 1. hukum membenarkan sesuatu perbuat­an dilakukan (dlm Islam), diperbolehkan (tidak ditegah oleh syarak), diizinkan, di­benar­kan, lwn haram: makanlah makanan yg ~ dan minumlah minuman yg ~; daging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam; ~ nikah dibenarkan menikahi seseorang; 2. ki (yg diperdapat, diperoleh atau diperbuat) dgn jalan yg sah: anak ~; wang ~; 3. ark ampun, maaf, (me)relakan: yg hutang tuan hamba sekati emas itu ~lah dunia akhirat; 4. ark izin: menyembah minta ~lah segala pengajarannya; menghalalkan 1. membenarkan (mem­boleh­kan, memperkenankan, mengizinkan), memandang atau menganggap halal: adalah salah besar ~ sesuatu yg haram; ada kemungkinan besar bahawa kegiatan ter­sebut yg selama ini diharamkan di negeri itu akan dihalalkan; 2. menganggap selesai atau jelas (hutang dll): baki hutangnya itu sudah dihalalkan; kehalalan perihal (sifat, taraf, dsb) halal: kalau hati masih waswas tentang ~nya, apa yg kita makan itu akan menjadi haram; penghalalan perbuatan dsb menghalalkan, perihal menjadikan halal atau sah: Marx meng­ambil ideologi borjuis sbg satu gambar­an sistem, idea, despotisme moden mencari ketaakulan dan ~ menjalankan kuasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.lal]/[ha.lal] | حلال

Definisi : 1 dibolehkan (melakukan sesuatu) oleh undang-undang Islam; tidak ditegah oleh syarak; tidak haram: Da­ging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam. 2 diperoleh atau dibuat dgn jalan yg sah atau jujur: harta ~ harta yg diperoleh secara jujur; anak ~ anak yg sah. 3 direlakan (diberikan dgn suka hati); telah jelas atau lunas (hutang dll): Segala pemberiannya kpd mangsa-mangsa itu adalah ~. Saya harap hutang itu ~lah dunia akhirat. menghalalkan membolehkan (membenarkan) se­suatu mengikut undang-undang Islam; dibenarkan oleh syarak: Allah ~ jual beli dan mengharamkan riba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halal (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan dibenarkan, diizinkan, dibolehkan, diperkenan;,
Kata Terbitan : menghalalkan, kehalalan, penghalalan,

Peribahasa

Jangan memangku ayam jantan,
     baik memangku ayam betina.

Bermaksud :

Rezeki yang halal itu lebih baik daripada rezeki yang haram.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Pastikan yang halal benar-benar halalJamil Khir BaharumDewan Masyarakat1 July 1998
Pastikan yang halal benar-benar halalBaharuddin AliDewan Masyarakat1 July 1998
Halal Atau Haram?Rejal ArbeeDewan Masyarakat1 March 2008
Buku Halal Haram menterjemah kehendak "Halalan Toiyibah" [Ulasan buku Halal Haram]Azizi Hj. AbdullahDewan Budaya1 April 2006
Hab Makanan Halal, Prospek Malaysia Cerah (Ulasan buku Malaysia Ke Arah Hab Makanan Halal, karya Noraini Haji Idris,DBP, 2007)Suria JanibDewan Masyarakat1 April 2008
'Anak Halal' realiti masakiniAiza Akma RamlanMedia Hiburan28 April 2007
Makanan halal: ke arah kesempurnaan ibadahAbu Hassan Din Al Hafiz, DatukDewan Siswa1 March 2007
Logo halal JAKIM diiktiraf duniaTiadaDewan Ekonomi1 July 2008
Industri halal MalaysiaMohamad Sofee RazakDewan Ekonomi1 July 2008
Makanan halal untuk duniaSabri HussinDewan Ekonomi1 July 2008
1234

Kembali ke atas