Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ngus] | هاڠوس

Definisi : menjadi binasa kerana dimakan api, terbakar hingga menjadi hitam: maka mahligai itu pun habis ~; ikan itu tidak dapat dimakan lagi kerana ~ sewaktu dipanggang; ~(-hangus) hati a) panas hati, marah; b) terlalu rindu (ingin); belanja (perbelanjaan, wang) ~ wang hantaran pengantin lelaki kpd pihak perempuan utk belanja kahwin (lain drpd mas kahwin); ~ tiada berapi, karam tiada berair prb menderita kesusahan yg amat sangat; menghanguskan membakar sampai han­gus; ~ hati (dada) memanaskan hati, men­jadikan sangat marah; kehangusan 1. keadaan hangus; 2. terbakar hangus; ~ hati a) panas hati, sangat marah; b) kerinduan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ngus] | هاڠوس

Definisi : sj ikan darat, arang ekor, Balan­tio­cheilus melanopterus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ngus] | هاڠوس

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Dichapetalum (Chaillettia) spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ngus] | هاڠوس

Definisi : menjadi rosak atau binasa kerana dimakan api; menjadi hitam kerana dimakan api: Rumahnya ~ dlm kebakaran itu. menghanguskan membakar se­suatu sampai hangus (menjadi hitam). kehangusan 1 keadaan hangus. 2 habis dimakan api; terbakar: Segala barang keperluannya ~ dlm kebakaran itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hangus
Rujuk :hangit

Puisi
 

Masak udang dalam perahu,
     Ubi rebus terletak di padang;
Zaman sekarang kalau nak tahu,
     Budi hangus menjadi arang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Angus (hangus) tiada berapi,
     karam tiada berair.

Bermaksud :

Menderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih. (Peribahasa lain yang sama makna: Hanya tiada berapi, sejuk tiada berair).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Hangus Sebelum TerbakarKhairuddin AyipSeri Dewi dan Keluarga1 June 1998
Hatiku HangusTan Chin SiongDewan Siswa1 January 1986
Bumi HangusSyed Mahadzhir Syed OmarDewan Bahasa1 January 1973
Usia Yang HangusHusna NazriWanita1 January 2007
$169.9 juta hangus setahunTiadaDewan Siswa1 February 1986
Suara Luka di Padang HangusHusna NazriDewan Sastera1 November 1992

Kembali ke atas