Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[har.mo.ni] | هرموني

Definisi : 1. selaras dr segi muzik: pasukan koir itu bernyanyi dlm nada suara yg ~; 2. persesuaian atau persetujuan: kedua-dua suami isteri itu hidup dlm keada­an yg ~; 3. not-not muzik dlm sesuatu kod; 4. persesuaian tindakan, pendapat, perasaan, dll; mengharmonikan 1. menjadikan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), menyelaraskan, menyesuaikan, menyepadankan (nada, suara, dsb): mereka berusaha bersungguh-sungguh utk ~ suara mereka; 2. menjadikan harmoni, memesrakan: mereka sama-sama cuba ~ perhubungan mereka; keharmonian 1. keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian: sebaliknya, sains dan teknologi yg telah berkembang itu telah menyebabkan tiada ~ antara manusia dengan alam sekitar; 2. keadaan harmoni (mesra), kemesraan: ~ per­hubungan antara kedua-dua buah negara; menikmati ~ hidup di desa; ~ rumah tangga; pengharmonian proses (usaha, perbuatan dsb) mengharmonikan: Labuan diharapkan akan menjadi mangkin kpd ~ dan integrasi pasaran modal di rantau ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[har.mo.ni] | هرموني

Definisi : 1 persesuaian (pendapat, sikap, perasaan dll). 2 gabungan benda atau warna yg menyenangkan dan memuaskan. 3 gabungan bunyi atau suara yg sedap didengar pd muzik atau nyanyian. 4 dlm keadaan yg bersesuaian; selaras; sesuai: Susunan perabot di rumah itu ~ sekali. Lagu itu disampaikan dlm irama yg ~. 5 baik dan damai dlm pertalian persahabatan atau dlm hubungan suami isteri; rukun: Mereka sekeluarga hidup dlm keadaan yg ~. berharmoni ada harmoninya; bersesuaian; bersependapat: Mereka diseru supaya berdisiplin dan ~ dlm menjalankan tugas-tugas mereka. mengharmonikan menjadikan harmoni. keharmonian keadaan harmoni; kesesuaian; kesela­rasan: Iman yg sempurna dpt menimbulkan ~ pd diri seseorang dan pd masyarakat. ~ nada lagu itu menenangkan fikirannya. pengharmonian usaha atau perbuatan mengharmonikan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harmoni (adjektif)
1. Dalam konteks suara, nada,
bersinonim dengan selaras, sepadan, sesuai, secocok,

2. Bersinonim dengan bahagia: rukun, sejahtera, mesra, tenang, damai, tenteram, aman, sepakat,

Kata Terbitan : mengharmonikan, keharmonian,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Harmoni KasihAnie MohamedRemaja1 October 1997
HarmoniKusprihyanto NammaBahana1 September 1996
Harmoni vokal dalam bahasa rungus dan dusun kimaragang: suatu analisis fonologi autosegmentalZaharani AhmadJurnal Bahasa1 December 2003
Harmoni Di MatamuKemalaDewan Sastra15 June 1974
Harmoni puisi di dalam irama dan lagu [diwawancara oleh Wan OmarAhmad]Ibrahim BachikDewan Sastra15 February 1975
Harmoni vokal dalam bahasa Dusun Kimaragang dan Rungus: suatu tinjauanringkasZaharani AhmadJurnal Dewan Bahasa1 December 1992
Bebayang HarmoniM. ArifKeluarga Harmoni15 January 2008
Kota HarmoniIdrusDewan Sastera1 May 2002
Kedah harmoni dengan alam sekitarAbd. Rahman AripinDewan Budaya1 June 1997
Kota-HarmoniIdrusHorison (Sisipan)1 September 1997
12345678910...

Kembali ke atas