Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.bat] | هيبت

Definisi : (hébat) 1. teramat sangat atau luar biasa (gagah, dahsyat, kuat, elok, bagus, ramai, dll): pertengkaran ~ berbangkit dlm biliknya; sungguh ~ bunyi letupan malam tadi; 2. sl takut, segan: maka orang Pahang pun ~ rasanya melihat betul Hang Nadim me­marah itu; hebat-hebatan secara besar-besaran: puak pembangkang hendak melancarkan tunjuk perasaan secara ~; menghebat menjadi hebat, bertambah hebat: perompakan bank tahun ini ~ di Kuala Lumpur; menghebatkan 1. menjadikan hebat (banyak, besar, dll); 2. sl menakutkan: apakah yg ditakutkan dan dihebatkan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.bat] | هيبت

Definisi : /hébat/ amat dahsyat dan me­ngerikan (bkn pergaduhan dll); amat kuat (bkn bunyi); terlalu gagah atau elok (bkn rupa dll): Selepas berjuang dgn ~nya, maka Hang Jebat pun mati ditikam oleh Hang Tuah. Sungguh ~ bunyi letupan itu. menghebat menjadi hebat; bertambah hebat: Kejadian pecah rumah mula ~ di kawasan itu. menghebatkan menjadikan hebat (kuat, besar dll): Pekerja-pekerja telah ~ usaha mereka utk menyiapkan projek yg besar itu. memperhebat menjadikan lebih hebat: Polis sedang ~ kegiatan mencari perompak-perompak itu. kehebatan hal atau keadaan hebat; kedahsyatan: ~ rupa dan gayanya tidak dpt dibayangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hebat (adjektif)
1. Bersinonim dengan unggul: agung, handal, ternama, terkenal, termasyhur, terbilang, gah,

2. Rujuk hangat 3

Kata Terbitan : menghebat, menghebatkan, memperhebat, hebat-hebatan, kehebatan,

Puisi
 

Teluk Emas Tanjung Ketapang,
     Tempat Uda mengail tenggiri;
Bersalut emas hebat dipandang,
     Sayang bahasa ke mana pergi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rupa harimau hati tikus.

Bermaksud :

Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
HebatEnthin AEBAHANA1 March 2008
Hebat Di Luar Ribut Di DalamFaisal TehraniDewan Budaya1 April 2001
'Pelesit' hebat di malam ketigaTiadaMedia Hiburan13 January 2007
TMI hebat di IndiaMuhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 August 2008
Aksi hebat ala HollywoodJuan Danzai-Remaja1 August 2007
Bahasa Hebat Bangsa KuatWartawan Dewan BudayaDewan Budaya1 April 2001
Cabaran hebat wanitaNorizan MuslimDewan Budaya1 March 1997
Tamparan hebat untuk industri tembakauNoorkhairil Huda Mohd. AliDewan Ekonomi1 July 1997
Persembahan puisi hebat dari penyair terkenal Britain, MalikaTiadaPerempuan1 April 2007
Letupan paling hebat di cekerawalaRamli Abdul SamadDewan Masyarakat1 April 2007
123

Kembali ke atas