Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.da.ngan] | هيدڠن

Definisi : 1. makanan yg disediakan, sajian: maka didapatinya Mak Andeh masih bersiap menyajikan ~; ~ Melayu makanan masakan Melayu; 2. sesuatu (spt lagu, muzik, drama) yg diperdengarkan, diperlihatkan, dsb: ma­sing-masing menyandar ke kerusi menden­gar ~ lagu-lagu merdu drpd peti radio; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.da.ngan] | هيدڠن

Definisi : 1 makanan atau minum­an yg dihidangkan atau disajikan; sajian: Silalah makan ~ yg tidak sptnya ini. 2 sesuatu yg dipersembahkan (diperdengarkan atau diperlihatkan): Masing-masing bersandar di kerusi mendengar ~ lagu-lagu merdu dr radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidang
Kata Terbitan : berhidang, menghidangkan, hidangan, penghidangan,

Puisi
 

Nanas halwa pisang salai,
     Hidangan kali pertama dara;
Hasrat kecewa cinta terkulai,
     Ingatan mesra tetap ada.


Lihat selanjutnya...(5)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Hidangan Pantun Untuk Santapan TetamuSharunizam Abdul TalibPelita Bahasa1 October 2005
Hidangan ayam klonTiadaDewan Kosmik1 May 2003
Hidangan dari paya dan hutanSalwani OthmanDewan Siswa1 December 1987
HidanganA. Latiff MohidinDewan Sastra15 December 1976
Ketupat: hidangan popular di Aidil FitriTiadaDewan Budaya1 September 1979
Bagai Hidangan Dari SyurgaMwangi, MejaDewan Sastera15 March 1980
Pohon HidanganRaja Rajeswari Seetha RamanNur1 April 2004
Bahasa yang mengelirukan hidanganJalil A.RahmanPelita Bahasa1 July 1992
Tudung saji: penutup hidangan berwarna-warniTiadaDewan Budaya1 November 1979

Kembali ke atas