Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ikh.las] | اخلاص

Definisi : Ar (dgn) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura: dia menolong dgn ~, tidak mengharapkan apa-apa balasan; dgn ~ dgn suci hati; tulus ~ sangat jujur; mengikhlaskan memberikan (sesuatu) dgn ikhlas, merelakan: ~ baki hutangnya; keikhlasan kesucian hati, ketulusan: tujuannya ialah utk menduga ~ dan semangat pengorbanan rakyat negeri ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ikh.las] | اخلاص

Definisi : (dgn) hati yg bersih dan jujur; suci hati; rela: Kalau hendak menolong, tolonglah dgn ~. mengikhlaskan melakukan (memberikan) sesuatu dgn ikhlas; merelakan: ~ hutangnya. keikhlasan perasaan ikhlas; kesucian hati; kejujuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikhlas (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan suci, jujur, rela, tulus;,
Kata Terbitan : mengikhlaskan, keikhlasan,

Puisi
 

Kain culas di atas peti,
     Ditekat jangan diberi jangan;
Sudah ikhlas dalam hati,
     Diumpat jangan dipuji jangan.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Sejernih-jernih air,
     kalau melalui pembuluh yang kotor,
tentu kotor juga.

Bermaksud :

Sebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas atau berasal daripada pokok yang tidak halal tentu akan membawa kepada kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
IkhlasTie Azwa MWanita1 September 2007
IkhlasNordin Hj AbdullahDewan Siswa1 May 2006
Ikhlas Kerana AllahPena MutiaraPelita Bahasa1 December 2001
IkhlasIsmail RestuDewan Sastera1 December 2005
IkhlasAbizaiDewan Sastera1 September 2005
Ikhlas dan WasangkaAnim MarzahMajalah i1 November 2004
Ikhlas Seorang TemanAmiruddin AliURTV15 July 2002
Ikhlas jauhi unsur penghalang ibadatWan Marzuki Wan RamliDewan Agama & Falsafah1 May 2003
Ikhlas menunjangi kehidupanIsmail KamusDewan Siswa1 August 1994
Perssoalan nilai dalam "Pendoa yang Ikhlas" [Ulasan cerpen Pendoa yang Ikhlas]Hassan Baseri BudimanTunas Cipta (Mekar Sastera)1 May 2005
12

Kembali ke atas