Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.dah] | اينده

Definisi : cantik, bagus benar, elok, molek: di kawasan tersebut terdapat beberapa buah bangunan yg sangat ~; ~ permai sangat cantik; ~ khabar drpd rupa prb khabar mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan (drpd keadaan yg sebenarnya); mengindahkan menjadikan indah, mencantikkan: di keliling tasik itu, ditanam berjenis-jenis pokok bunga utk ~ kawasan itu; memperindah menambah keindahan (ke­cantikan), memperelok, menjadikan bertambah indah (cantik): ia tidak pernah menyorot sesuatu karya utk menunjukkan bagaimana unsur-unsur teknik dapat ~ karya itu; keindahan perihal indah, kecantikan, keelokan: mereka sedang menikmati ~ alam; pengindahan perihal (tindakan, proses, usaha, dsb) menjadikan indah, perihal mengindahkan: kebersihan yg terkawal, ~ bangunan dan kawasan dgn pokok bertanam dan pokok berpasu yg tersusun rapi merupakan satu cerminan hemah dan budi tinggi penghuninya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.dah] | اينده

Definisi : dpt menarik atau memuaskan hati; elok benar; cantik: pemandangan yg ~. ~ permai sangat cantik. mengindahkan menjadikan indah; mencantikkan: Kelapa sawit ditanam utk ~ pemandangan di padang golf itu. memperindah menjadikan lebih indah; mempercantik. keindahan keadaan indah; kecantikan; keelokan: Amin dan keluarganya sedang menikmati ~ alam di pinggir kota. pengindahan perbuatan mengindahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
indah
Rujuk :cantik

Puisi
 

Rendah-rendah bunga macang,
     Mari kait bunga kekati;
Indah-indah abang datang,
     Air ada pembasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Indah khabar daripada rupa.

Bermaksud :

Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Yang Indah-indahTiras RDewan Sastera1 September 2003
Citrawarna Indah Kabar Indah RupaAdnan JamilDewan Budaya1 July 2001
Indah Sekuntum TerataiFizer IsmailRemaja15 April 2007
Indah Yang MesraNajmiDewan Sastera1 July 2007
Indah Khabar dari RupaMohamad Jajuli Abdul RahmanPelita Bahasa1 July 2002
Indah bahasa,manislah cintaJalil A.RahmanPelita Bahasa1 May 1991
Indah rasa dari laras sebelasA. Samad SaidDewan Sastera1 October 2004
Indah budi kerana bahasaZaidi IsmailPelita Bahasa1 June 2005
Indah mempesona, hiburan diutamakanRusilawati KamarudinDewan Budaya1 March 1998
Indah DuniaMuhammad Lutfi IshakAnis1 September 2001
12345678910...

Kembali ke atas