Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ha.nam] | جهنم

Definisi : Ar 1. = neraka ~ laut api di akhirat tempat orang-orang yg tidak mengikut pe­rintah Allah menerima hukumannya: orang yg tidak mengikut perintah Allah akan di­masukkan ke dlm neraka ~; 2. orang yg jahat lagi terkutuk: kau boleh pergi dr sini ~; 3. rosak: jam itu telah ~; menjahanamkan 1. membinasakan, me­mus­nahkan: bom yg digugurkan telah ~ be­berapa buah bangunan; 2. merosakkan: me­reka dilarang ~ barang-barang mainan itu; 3. meruntuhkan: kita tidak seharusnya ~ rumah tangga orang lain; 4. mengutuk, menyerapah; penjahanam orang yg menjahanamkan se­suatu (harta benda, kehidupan orang lain dsb), pemusnah: ada antara mereka yg bermuka-muka sbg pembela rakyat, tetapi sebenarnya ~ dlm serba hal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ha.nam] | جهنم

Definisi : 1 tidak dpt digunakan lagi; rosak sama sekali; punah: Barang mainan itu ~ kerana digelek kereta. 2 = neraka ~ laut api di akhirat tempat orang-orang yg tidak mengikut perintah Allah dihukum. 3 (orang yg) jahat sekali; terkutuk: Keluar dr rumah ini, anak ~! menjahanamkan menjadikan jahanam; merosakkan; membinasakan: Asid ~ kain baju. penjahanam orang yg menjahanamkan: Mereka hanyalah berpura-pura, sebenarnya merekalah ~ bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jahanam (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan rosak, binasa, musnah, punah, ranap, tumpur, hancur, lingkup, lebur, tengkarap;,
Kata Terbitan : menjahanamkan,

Puisi
 

Anak ayam turunnya tujuh,
     Mati seekor tinggalnya enam;
Hancur luluh seluruh tubuh,
     Dijilat oleh neraka jahanam.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Damai JahanamRuhi HayatMastika1 February 1970
Air JahanamMohd. Azam Mat HassanDewan Siswa1 July 1990
Lari dari JahanamHwang YenMastika1 November 1967

Kembali ke atas