Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam] | جم

Definisi : 1. sj alat utk menunjukkan (mengukur) waktu; 2. = satu ~ waktu yg lamanya 60 minit atau 1/24 hari; 3. tanda waktu, pukul: dia tiba di pejabat sebelum ~ lapan pagi; 4. ke­­tika, saat, waktu: ~ orang hendak ber­angkat ~ itulah engkau hendak mandi; ~ bicara waktu yg ditetapkan utk menerima tetamu; ~ dalaman (Komp) peranti atau isyarat denyut yg digunakan utk penyegerakan atau pembilangan dlm sistem komputer; ~ digital (Komp) 1. deretan isyarat berdenyut yg dijanakan dlm sistem digital sbg isyarat rujukan utk menyegerakkan sistem; 2. penyata waktu yg memaparkan nilai waktu dlm bentuk digital; ~ dinding sj jam yg digantungkan di dinding; ~ induk (komp) 1. sj peranti elektronik yg menjanakan isyarat masa utk digunakan sbg rujukan bagi semua pengendalian komputer yg segerak; 2. isyarat masa yg digunakan sbg rujukan utama bagi semua pengendalian komputer atau sistem segerak; ~ kawalan (Komp) jam elektronik dlm perkakasan sistem yg digunakan oleh sistem tersebut utk menentukan masa pengaliran suruhan dan data; ~ kerja masa yg ditentukan utk bekerja, waktu kerja; ~ kilowatt tenaga kerja seribu watt dlm masa satu jam (sukatan tenaga elektrik); ~ loceng jam berloceng yg boleh berbunyi pd waktu yg ditetapkan; ~ luaran (Komp) peranti atau isyarat denyut yg digunakan utk penyegerakan atau pembilangan di luar sistem utama komputer; ~ masa nyata (Komp) 1. peranti jam yg menjanakan masa yg nilainya sama dgn masa sebenar (berbanding dgn masa khayalan yg bermula apabila komputer dihidupkan atau berdasarkan masa yg ditentukan oleh atur cara); 2. isyarat jam yang ditentukan oleh masa sebenar; ~ pasir alat mengukur waktu dgn menggunakan pasir; ~ pelajaran waktu yg ditentukan utk memberi pelajaran; ~ penggera jam yg mempunyai peranti yg berbunyi apabila sampai pd waktu yg ditetapkan; ~ randik = ~ detik jam utk mengukur dgn detik; ~ saku sj jam yg diletakkan di dlm saku; ~ tangan sj jam yg dipakai di tangan; berjam-jam beberapa jam berturut-turut: ~ dia menunggu kawannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam] | جم

Definisi : 1 alat yg menunjukkan masa atau waktu: ~ dinding jam yg besar dan digantungkan di dinding; ~ randik jam yg dpt dihidupkan dan dimatikan apabila dikehendaki utk mengukur kepantasan, kekerapan dsb; ~ tangan jam yg agak kecil yg dipakai pd tangan. 2 waktu yg lamanya 60 minit: Sudah dua ~ dia menunggu adiknya keluar dr sekolah. 3 bp tanda waktu; pukul: Saya akan datang pd ~ lapan. berjam-jam beberapa jam berturut-turut; masa yg agak lama: ~ kamu makan, belum juga sudah lagi? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jam

Puisi
 

Sayang Cik Puteh menaja jam,
     Jama ditaja jama mengkuang;
Kalau boleh hidup bersama,
     Hendak mati betindih tulang.


Lihat selanjutnya...(4)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Jam bercakap benarZahidi Zainol RashidDewan Pelajar1 October 1979
Jam linguistikVictor PogadaevDewan Bahasa1 June 2007
Jam BesarMomotaro dan LilDewan Budaya1 December 2001
Jam UsiaMunirah MokhtarDewan Agama & Falsafah1 April 2003
JamRuslina Ab GhaniDewan Siswa1 February 2005
JamZaiton Abu SamahDewan Budaya1 August 1998
Jam tangan perakamTiadaDewan Siswa1 June 1991
JamShaari A. BDewan Sastera1 April 2003
JamMoechtar AwangDewan Sastera1 May 1988
Jam MalamBadarudin M. ZMastika1 October 1987
12345678

Kembali ke atas